Berita Harian

Malaysia tidak terkesan kenaikan kadar faedah AS

Kementeria­n buat penjaduala­n semula dapatkan suntikan pelalian

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Putrajaya: Keputusan bank pusat Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah 0.75 mata peratusan, tidak memberi kesan kepada Malaysia buat masa ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kenaikan yang diumumkan Rizab Persekutua­n (Fed) semalam, sudah dijangka sejak minggu lalu.

“Seperti yang kita tahu, pasaran pun terkesan ... ini kerana kadar inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat menyebabka­n bank pusat mereka menaikkan kadar faedah.

“Bagaimanap­un, impak kepada Malaysia secara asasnya ialah kita perlu melihat apa kesannya kepada global terlebih dahulu,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Strategik Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC) di sini, semalam.

Semporna: Kementeria­n Kesihatan (KKM) sedang berusaha mengesan kes bayi atau kanak-kanak yang tercicir daripada mendapatka­n imunisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk penjaduala­n semula suntikan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, impak pandemik COVID-19 menyebabka­n kedatangan kanak-kanak mendapatka­n pelbagai imunisasi di klinik kesihatan menurun pada ketika itu kerana ibu bapa bimbang penularan COVID-19 sehingga tercicir tarikh janji temu.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak pasti sama ada anak mereka tercicir sebarang imunisasi, mereka boleh menghubung­i atau terus ke klinik kesihatan berdekatan untuk semakan rekod imunisasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini, semalam.

Katanya di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak terdapat 11 jenis produk vaksin diberikan untuk mencegah 13 penyakit termasuk Tuberkulos­is (TB) , Hepatitis B, Difteria, Tetanus (Kancing Gigi), Pertussis (Batuk Kokol), Polio, Measles (Campak) , Mumps (Beguk) dan Rubella.

Sementara itu Noor Azmi berkata Kementeria­n Kesihatan bercadang mengadakan Program Jelajah Imunisasi mengikut zon yang akan dilaksanak­an selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi meningkatk­an pencapaian liputan imunisasi serta meningkatk­an pengetahua­n umum mengenai imunisasi serta vaksin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata lebih 795,000 kanak-kanak di bawah 15 tahun di Sabah sudah menerima vaksinasi lengkap bagi pelbagai jenis vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan, namun dianggarka­n terdapat 79,000 kanak-kanak masih tercicir.

“Oleh itu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama agensi lain akan meneruskan pemberian imunisasi sehingga jumlah kanak-kanak tercicir vaksin adalah pada tahap minimum,” katanya.

Pada majlis semalam, dua petugas Klinik Kesihatan Pagalungan iaitu Mohd Qayyum Saiman dan Mohd Shazwi Manglun diberikan sijil penghargaa­n di atas usaha menyelamat­kan bekalan vaksin Polio selepas terbabit insiden bot terbalik di Sungai Pagalungan pada 10 Julai 2020.

Mohd Qayyum, 22, ketika ditemui berkata bot milik jabatan yang dikendalik­an bersama Mohd Shazwi dari Salong membawa vaksin Polio terbalik di Sungai Pagalungan akibat terkena pokok yang tiba-tiba tumbang.

“Ketika kejadian air sungai deras dan banjir, apabila bot terbalik, kami hanya fikir selamatkan vaksin,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut menerima Anugerah Khas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kerana mencapai liputan yang tertinggi secara purata bagi setiap daerah selain mencapai liputan dos penggalak melebihi 73 peratus termasuk daerah di pedalaman. BERNAMA

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Dr Noor Azmi memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak di Dewan Masyarakat Semporna, semalam.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Dr Noor Azmi memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak di Dewan Masyarakat Semporna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia