Berita Harian

Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja

-

Iskandar Puteri: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai semalam.

Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini.

“Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini (semalam),” titah baginda.

Bagaimanap­un, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

 ?? (Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) ?? Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai semalam.
(Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia