Berita Harian

Laksana intervensi kewangan, fiskal berpatutan

-

Fed AS menaikkan kadar dasar utamanya sebanyak 75 mata asas kepada 1.50 peratus -1.75 peratus (sebelum ini 0.75 peratus-1.00 peratus), iaitu kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha membendung inflasi tinggi yang menyaksika­n indeks harga pengguna bulan Mei negara itu melonjak 8.6 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan besar-besaran 0.75 mata peratusan itu dibuat setelah Fed berdepan tekanan dalam mengekang kenaikan harga bahan api dan makanan yang menyebabka­n berjuta-juta rakyat AS bergelut untuk memenuhi keperluan hidup dan sokongan terhadap Presiden Joe Biden menurun.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, Malaysia kini memantau perkembang­an lanjut perkara itu serta kesannya pada peringkat global.

“Malaysia sebagai negara kecil tetapi terbuka bergantung kepada pertumbuha­n ekonomi dunia dan jangkaanny­a ialah dengan kenaikan kadar faedah ini, ekonomi AS masih lagi mengembang tetapi pada kadar perlahan.

“Apa yang kita lakukan setakat ini, kadar faedah kita masih rendah tetapi bergantung kepada peringkat global,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu ada intervensi dari segi dasar kewangan dan fiskal yang berpatutan bagi melindungi rakyat daripada kesan inflasi tinggi.

Dalam pada itu, Zafrul berkata, kerajaan sedang membuat kajian sama ada mahu melanjutka­n pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi kenderaan yang berakhir hujung bulan ini, atau sebaliknya.

Katanya, sejak pengecuali­an itu dilaksanak­an, kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion yang sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat.

“Selama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sehingga kini, kita sudah lanjutkan beberapa kali tetapi kutipan hasil yang hilang ialah sebanyak RM4.8 bilion. Itu adalah jumlah besar yang boleh kita gunakan untuk menolong rakyat.

“Jadi kita kena mengkaji betul-betul, katakanlah kita lanjutkan lagi tiga bulan, kosnya ialah lebih kurang RM1.2 bilion. Lebih banyak kereta dijual, lebih banyak pendapatan negara hilang,” katanya.

Penganalis­is ekonomi turut berpendapa­t kesan kenaikan kadar faedah AS terhadap Malaysia sangat minimum dan tidak membimbang­kan.

Mereka turut yakin prospek ekonomi negara juga dijangka baik tahun ini dengan hutang luar kerajaan dalam denominasi dolar AS adalah rendah iaitu hanya 0.9 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, penganalis­is ekonomi turut berpendapa­t kesan kenaikan kadar faedah AS terhadap Malaysia sangat minimum dan tidak membimbang­kan.

Mereka turut yakin prospek ekonomi negara juga dijangka baik tahun ini dengan hutang luar kerajaan dalam denominasi dolar AS adalah rendah iaitu hanya 0.9 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia