Berita Harian

Tidak perlu tubuh parti wakili peneroka FELDA

-

Jempol: Tiada keperluan menubuhkan parti politik baharu mewakili peneroka FELDA, sebaliknya wakil rakyat dari kawasan berkenaan boleh memainkan peranan mewakili suara peneroka.

Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahi­m Anak Felda (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata ketika ini terdapat 54 Parlimen yang mempunyai tanah rancangan FELDA di seluruh negara dengan diwakili Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik.

Katanya, setiap wakil rakyat sama ada pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen turut mewakili suara penduduk di FELDA dan ada isu yang dibawa ke sidang Parlimen.

“Biarpun menubuh parti baharu adalah hak setiap individu, perlu ada penjelasan mengapa parti baharu yang didakwa mewakili masyaraka FELDA itu perlu diwujudkan.

“Adakah mahukan kuasa sama ada di Parlimen atau DUN atau terdapat kekecewaan berkaitan hala tuju dan pentadbira­n FELDA?

“Sekiranya disebabkan kekecewaan, tiada keperluan mewujudkan parti politik berkenaan, sebaliknya peneroka atau generasiny­a boleh bergabung dalam membawa suara dan isu berkaitan FELDA ke pihak atasan,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Yahya berkata, ketika ini sudah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi ditubuhkan bagi membawa suara peneroka dan generasiny­a ke peringkat tertinggi.

Beliau yang juga generasi kedua FELDA Pasoh Dua berkata, apabila parti baharu wujud, dikhuatiri bukan sahaja berlaku perpecahan undi, malah lebih teruk berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat di tanah rancangan FELDA.

Jelasnya, ADUN atau Ahli Parlimen di kawasan yang mempunyai tanah rancangan FELDA perlu memberi perhatian kepada isu yang dibawa oleh masyarakat FELDA.

Kelmarin, media melaporkan hasrat tokoh korporat, Tan Sri Rozali Ismail untuk menyertai bidang politik melalui penubuhan parti baharu, bagi mewakili generasi peneroka, terutama penduduk FELDA.

 ?? ??
 ?? ?? Mohammad Yahya
Mohammad Yahya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia