Berita Harian

FOMCA minta pengguna buat aduan

-

Kuala Lumpur: Penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam hujung bulan ini dijangka boleh menstabilk­an harga ayam di pasaran.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata apabila harga siling ayam ditetapkan kepada RM8.90, berlaku masalah bekalan ayam.

Namun, jika harga ditetapkan mengikut pasaran, harga ayam boleh distabilka­n.

“Tindakan kerajaan untuk menyalurka­n bantuan terus kepada golongan B40 adalah satu tindakan baik. Sebelum ini apabila kerajaan menetapkan harga siling, kerajaan terpaksa membayar subsidi kepada penternak.

“Lebih kurang 30 peratus sahaja penternak menuntut subsidi yang sudah diperuntuk­kan.

“Selebihnya tidak melakukan sebarang tuntutan,” katanya.

Yusof turut menyeru pengguna untuk membuat aduan jika terdapat peniaga yang meletakkan harga melebihi harga pasaran.

“Pemantauan yang dijalankan sebelum ini tidak berapa berkesan kerana bilangan pasar yang ada di Malaysia banyak manakala bilangan penguat kuasa adalah terhad.

“Justeru, kerjasama semua pengguna diperlukan untuk melaporkan aduan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“KPDNHEP akan memberikan notis kepada peniaga dan jika mereka gagal untuk memberikan sebab yang munasabah, tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Kerajaan sudah mewujudkan pelbagai saluran untuk melakukan aduan pengguna perlu bertindak,” katanya

Yusof juga menyaranka­n pengguna supaya mempelbaga­ikan juadah mereka untuk mengurangk­an permintaan ayam.

Katanya, ini berikutan, harga pasaran adalah berdasarka­n permintaan.

Jika permintaan melebihi bekalan yang ada harga akan melambung naik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia