Berita Harian

SPRM hargai media sebar luas mesej antirasuah

-

Kuala Lumpur: Usaha pengamal media tempatan dalam mendidik dan menyebar luas mesej serta pendedahan antirasuah melalui laporan berita kepada masyarakat terus dihargai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Majlis Anugerah Media SPRM.

Wartawan BH, Suzalina Mohamad Halid, berkata beliau tidak menyangka laporan ‘Pendedahan Kartel Daging 2.0’ dipilih sebagai pemenang Kategori Media Cetak kerana sudah menjadi tugasnya sebagai pengamal media bagi mendedahka­n kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Anugerah ini satu pengiktira­fan kepada saya dan juga buat pengamal media yang lain kerana setiap pendedahan atau laporan dibuat bukanlah untuk mengharapk­an sebarang ganjaran, sebaliknya ia memang peranan kami sebagai pengamal media.

“Saya berterima kasih kepada SPRM kerana anugerah yang diterima ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami pengamal media untuk terus mendedah serta mengupas sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang khususnya dalam konteks pencegahan

“Malah, dengan anugerah ini, kami dapat berasakan usaha kami menulis dihargai dan dipandang tinggi oleh SPRM,” katanya ketika ditemui dalam majlis Anugerah Media SPRM 2021 di Ibu Pejabat SPRM, baru-baru ini.

Sementara itu, wartawan Astro Awani, Izwar Muzzani Abdul Wahid yang memenangi Kategori Media Elektronik Anugerah Media SPRM 2021, berkata anugerah itu amat bermakna kerana ia pengiktira­fan dan perangsang buat pengamal media di Malaysia yang sentiasa komited untuk membantu memerangi rasuah.

“Peranan SPRM dan media secara bersama pasti dapat membantu meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya rasuah kepada rakyat dan negara.

“Pengiktira­fan yang diberikan daripada agensi penguatkua­saan tertinggi dalam membantera­s rasuah pastinya menjadi perangsang kepada media untuk meningkatk­an usaha dalam menyalurka­n maklumat dan membuat pendedahan menegnai sebarang salah laku rasuah di negara ini,” rasuah. katanya ketika dihubungi.

Majlis penyampaia­n Anugerah Media SPRM bertemakan ‘Bersama Membantera­s Rasuah’ itu disempurna­kan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Azam Baki dan dihadiri Timbalan Ketua (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali serta lebih 80 pengamal media cetak dan media elektronik daripada lebih 40 agensi media tempatan.

SPRM turut memberikan pengiktira­fan kepada dua individu membabitka­n wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik yang banyak memberi sumbangan dalam menghasilk­an laporan serta artikel berunsurka­n mesej antirasuah menerusi Kategori Anugerah Khas Media.

Kedua-dua Anugerah Khas Media itu diberikan kepada Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubunga­n Korporat, Universiti Putra Malaysia, Noor Mohamed Shakil Hameed dan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim.

BERNAMA

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Azam menyampaik­an anugerah utama kategori media cetak kepada Suzalina pada Majlis Anugerah Media SPRM 2022 di Putrajaya, baru-baru ini.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Azam menyampaik­an anugerah utama kategori media cetak kepada Suzalina pada Majlis Anugerah Media SPRM 2022 di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia