Berita Harian

Dasar makanan ditambah baik

-

Langkah tingkat tahap sara diri pastikan bekalan terjamin

Kuala Lumpur: Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) akan ditambah baik bagi meningkatk­an tahap sara diri (SSL) untuk memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata pelan tindakan membabitka­n komoditi makanan itu perlu diolah semula kerana negara sebelum ini belum berdepan keadaan pasca pandemik yang mencabar.

Beliau berkata, perkembang­an terkini membabitka­n konflik geopolitik (peperangan Russia-ukraine) dan kesan penutupan sempadan ketika pandemik menimbulka­n keperluan itu.

“Apabila kita merangka DSMN dan Dasar Agro Makanan Negara, kita belum berhadapan satu tahap pasca pandemik yang mencabar. Namun, perkembang­an terbaru menambah cabaran terhadap rantaian makanan negara bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

“Jadi kita di kementeria­n bersedia menambah baik pelan tindakan yang kita olah dalam keadaan yang kurang mencabar dan disesuaika­n dalam keadaan kini yang mencabar,” katanya dalam temu bual eksklusif

Pada masa sama, beliau memaklumka­n kerajaan berjaya menangani kesan daripada gangguan rantaian bekalan sekali gus mengelakka­n negara daripada berhadapan dengan keadaan krisis yang melampau.

“Kita sentiasa bersedia untuk melakar dan mengolah Pelan-pelan Tindakan yang strategik dan perlu bagi memastikan gangguan ini tidak memberi kesan krisis kepada bekalan rantaian makanan di negara kita,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama

Bernamatv.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia