Berita Harian

Syor utamakan ibadah korban di tempat sendiri

- Oleh Nas Norziela Nasbah bhnews@bh.com.my

Langkah elak orang ramai terpedaya pakej palsu pada harga terlalu murah

Kuala Lumpur: Umat Islam disaran mengutamak­an ibadat korban di tempat masing-masing bagi mengurangk­an risiko sebarang penipuan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakka­n orang ramai terpedaya dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan pada harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

“Kita lebih tahu situasi di tempat sendiri dan boleh menyaksika­n haiwan korban disembelih. Ditambah dengan hukum menyaksika­n ibadat korban adalah sunat,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan

Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, menyaranka­n orang ramai untuk berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah.

Katanya, orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej itu berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat

Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

Mengulas lanjut Zamri berkata, jika tiada ruang untuk berkorban di tempat sendiri, ibadat itu boleh diwakilkan untuk dilaksanak­an di tempat lain dengan memastikan wakil berkenaan dikenali dan boleh dipercayai.

“Selain itu, pengendali korban dalam kalangan agensi dan badan kebajikan wajib jujur serta tidak fokus hanya untuk mencari keuntungan berlipat kali ganda melalui tawaran ibadah korban.

“Perlu pastikan juga transaksi adalah telus dan jujur,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Dr Zulkifli) ?? Zulkifli bersama anugerah diterima sempena Majlis Konvokesye­n ke-58 Universiti Islam Madinah.
(Foto ihsan Dr Zulkifli) Zulkifli bersama anugerah diterima sempena Majlis Konvokesye­n ke-58 Universiti Islam Madinah.
 ?? ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia