Berita Harian

Hakim tarik diri dengar permohonan peguam UK

-

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan peguam kanan (QC) daripada United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memaklumka­n dalam prosiding di Mahkamah Tinggi semalam, tindakan itu dibuat bagi mengelakka­n kesangsian dan persepsi awam terhadap kebebasan badan kehakiman kerana seorang ahli keluargany­a terbabit aktif dalam UMNO sebagai Ketua Bahagian Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid juga bekas senator, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pernah bertanding sebagai calon BN/UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009.

Sehubungan itu, prosiding pengurusan kes pemohonan usul pemula Laidlaw itu kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi di hadapan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang menetapkan pada 6 Julai ini, bagi pendengara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia