Berita Harian

Bekas tentera perlu bantuan urus anak terlantar

-

Kepala Batas: Bekas tentera tidak berpencen terpaksa bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selepas anaknya diserang strok.

Anak perempuan Ahmad Othman terlantar sejak lima tahun lalu, menyebabka­n perbelanja­annya meningkat, bagi menampung kos perubatan dan sara hidup.

Ahmad, 72, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen hanya berharap kepada bantuan JKM RM500 sebulan, zakat (RM250) dan RM300 daripada Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM) Bahagian Pulau Pinang.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, bantuan itu tidak mencukupi memandangk­an kos sara hidup meningkat, di samping perlu menyediaka­n wang membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan serta kos ulang alik ke hospital, untuk rawatan anaknya.

“Sebenarnya saya juga menghidap strok, namun dengan semangat yang kuat, saya mampu melawan penyakit yang dihadapi kerana memikirkan anak perempuan saya.

“Isteri saya sudah meninggal dunia lapan tahun lalu dan selepas itu, kehidupan saya terus berubah kerana memegang tanggungja­wab untuk menjaga anak yang sakit.

“Dengan bantuan yang ada, itu yang digunakan untuk saya menyara keluarga. Saya sudah tidak mampu bekerja kerana penyakit saya. Pencen pula tidak ada kerana saya hanya berkhidmat sebagai anggota tentera selama 10 tahun,” katanya di Pinang Tunggal.

Ahmad berkata, selepas menamatkan perkhidmat­an sebagai anggota tentera pada 1980, dia menyara keluargany­a dengan menjadi pengawal keselamata­n di beberapa premis sekitar Kepala Batas, sebelum berhenti kerana strok pada 2014.

“Selepas saya mula baik, anak pula diuji. Mujur banyak jiran membantu, termasuk PVTTBM yang menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban anggota tentera tidak berpencen seperti saya.

“Jika ada pencen, mungkin kehidupan saya lebih baik kerana banyak faedah diperoleh. Namun, apakan daya terpaksa akur.

“Mujur ada PVTTBM yang mengambil berat dan menjaga kebajikan kami warga tentera tidak berpencen yang saya amat bersyukur dan lega,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PVTTBM negeri, Abu Hasan Abd Malik, berkata beliau berharap kerajaan dapat menghulurk­an bantuan secara bulanan kepada anggota tentera tidak berpencen, demi mengenang jasa serta pengorbana­n mereka yang mempertaha­n kedaulatan negara khususnya yang pernah bertempur dengan penjajah.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Abu Hasan (kiri) menziarahi Ahmad di kediamanny­a di Pinang Tunggal.
(Foto Danial Saad/bh) Abu Hasan (kiri) menziarahi Ahmad di kediamanny­a di Pinang Tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia