Berita Harian

4 mayat ditemui terapung

-

Kota Tinggi: Empat mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di tempat berbeza dekat perairan di timur Johor, di sini dalam tempoh 48 jam sejak Selasa lalu.

Penemuan itu dilaporkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Bahru.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam, berkata Selasa lalu pihaknya menerima maklumat pene muan dua mayat terapung oleh nelayan tempatan dekat Pulau Lima, masing-masing jam 12.50 tengah hari dan 1.10 petang.

Katanya, dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh jam 4.30 petang hari sama.

“Maklumat pertama diterima jam 10.30 pagi semalam (kelmarin) daripada pemancing yang menemui satu mayat terapung di kedudukan 8.6 batu nautika timur laut Tanjung Balau, sebelum aset digerakkan ke lokasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia