Berita Harian

Lelaki maut, kereta terbabas hempap rumah

- Oleh Melvin Joni

3 cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan bhnews@bh.com.my

Serian: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-serian, di sini pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi itu membabitka­n mangsa berusia lingkungan 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

Beliau berkata, semua mangsa dalam kemalangan membabitka­n MPV Perodua Kancil dan motosikal itu terdiri empat orang dengan tiga daripadany­a cedera ringan.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati pemandu MPV itu masih berada di tempat duduk pemandu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementeria­n Kesihatan.

“Anggota BBP Serian kemudian membantu mengangkat dan mengalihka­n mayat mangsa dari dalam kenderaan itu, seterusnya menyerahka­n kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya semalam.

Bilong berkata, semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan Serian sebelum dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan menghempap bumbung rumah dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-serian, semalam.

 ?? (Foto Melvin Joni/bh) ??
(Foto Melvin Joni/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia