Berita Harian

Pasaran saham, ringgit dijangka kembali stabil

Fed umum kenaikan kadar faedah 0.75 peratus hilangkan kegusaran pelabur

- Oleh Alzahrin Alias

zahrin@bh.com.my

Keputusan bank pusat Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah secara agresif memberi gambaran lebih jelas mengenai kedudukan ekonomi negara itu secara khususnya dan ekonomi global secara umumnya, sekali gus berupaya mengembali­kan kestabilan dalam pasaran, termasuk ringgit.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran sebelum ini masih berteka-teki mengenai kadar faedah yang akan diumumkan Rizab Persekutua­n (Fed), sekali gus menggusark­an pelabur sehingga menyebabka­n pasaran saham global menjunam sejak kebelakang­an ini, manakala pengukuhan dolar AS memberi kesan kepada prestasi mata wang.

Namun, katanya sebaik Fed mengumumka­n kenaikan kadar faedah 75 mata asas yang juga kadar tertinggi dalam tempoh hampir 30 tahun sejak 1994, Wall Street mulai pulih dan prestasi di pasaran saham tempatan turut mengambil petunjuk daripada perkembang­an itu.

“Apabila Fed telah membuat keputusan, pasaran kembali stabil dan ringgit berbanding dolar AS kembali diperdagan­gkan dengan baik.

“Secara dasarnya, pasaran tidak menyukai ketidakpas­tian, suatu perkara yang tidak jelas pasti akan memberi gangguan. Namun apabila semuanya telah jelas, pasaran kembali normal,” katanya kepada BH.

Mohd Afzanizam berkata, langkah Fed itu juga berkemungk­inan besar akan memberi petunjuk kepada kenaikan selanjutny­a Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memandangk­an bank pusat AS itu penanda aras kepada majoriti bank pusat lain dalam menilai kenaikan kadar faedah.

Bagaimanap­un, tegasnya BNM akan menilai kenaikan itu berdasarka­n keperluan ekonomi domestik.

“Seperti yang dilaksanak­an BNM baru-baru ini, tindakan menaikkan OPR lebih kepada menormalis­asikan dasar sedia ada, menyokong pertumbuha­n ekonomi dan dasar kewangan,” katanya.

Beliau selanjutny­a menjelaska­n bahawa kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Fed itu tidak memberikan kesan besar terhadap kedudukan hutang kerajaan.

“Jumlah hutang kerajaan hingga akhir Disember 2021 adalah RM979.8 bilion atau 63.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan 97 peratus adalah dalam bentuk ringgit.

“Ini menjadikan hutang luar kerajaan tidak membimbang­kan,” katanya.

Fed semalam mengumumka­n kenaikan kadar faedah paling agresif dalam hampir 30 tahun dan mengumumka­n bersedia untuk berbuat demikian sekali lagi bulan depan sebagai usaha mengawal inflasi yang tinggi di negara maju itu.

Kenaikan besar-besaran 0.75 peratus itu dibuat setelah Fed berdepan tekanan untuk mengekang kenaikan harga bahan api dan makanan yang menyebabka­n jutaan rakyat negara itu bergelut untuk menampung keperluan hidup sehingga turut menyaksika­n sokongan terhadap Presiden Joe Biden turut merosot.

Sementara itu, penganalis­is ekonomi Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berpendapa­t kesan kenaikan kadar faedah AS terhadap Malaysia sangat minimum dan tidak membimbang­kan.

Beliau menjangkak­an berlaku pengaliran keluar modal asing jangka pendek yang boleh memberi kesan kepada prestasi pasaran saham dan pergerakan ringgit berbanding dolar AS, terutama berikutan keputusan BNM untuk tidak menambat mata wang tempatan itu.

“Ia memberikan fleksibili­ti kepada ringgit untuk membuat penyesuaia­n dan mengurangk­an tekanan kepada rizab antarabang­sa negara.

“Langkah BNM untuk menaikkan OPR baru-baru ini jelas keputusan tepat untuk mengurangk­an impak peningkata­n kadar faedah di AS yang

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd

Penganalis­is ekonomi Universiti Utara Malaysia agak agresif itu.

“Prospek ekonomi Malaysia juga dijangka baik tahun ini, dengan angka terkini menunjukka­n tanda pemulihan yang positif,” katanya sambil menambah hutang luar kerajaan dalam denominasi dolar AS adalah rendah iaitu hanya 0.9 peratus berbanding KDNK.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidik­annya pula menjangkak­an BNM bakal menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas lagi menjelang akhir tahun ini, berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Fed itu.

Bank pelaburan itu berkata, reaksi pasaran kewangan global terhadap kenaikan kadar dan kesan akhirnya ke atas ekonomi memberikan dorongan lebih kuat bagi kebanyakan bank pusat untuk menyusuli langkah berkenaan.

“Bagaimanap­un, ini tidak menandakan BNM akan mengikut keputusan monetari Fed itu,” tambahnya.

Kenanga berkata, pendirian BNM secara beransur-ansur menjurus ke arah mengetatka­n dasar memandangk­an permintaan domestik yang bertambah baik berikutan pembukaan semula sempadan antarabang­sa dan kelonggara­n sekatan COVID-19, yang membawa kepada pembentuka­n trend inflasi yang didorong oleh permintaan.

“Oleh itu, kami percaya ini akan meningkatk­an kebarangka­lian BNM untuk menaikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas pada baki tiga lagi Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) untuk tahun ini,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia