Berita Harian

Inflasi di Malaysia mungkin berpanjang­an

- Oleh Alzahrin Alias

Ketegangan geopolitik dijangka burukkan lagi keadaan zahrin@bh.com.my

Kadar inflasi atau kenaikan harga barangan di Malaysia dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan akan datang berikutan beberapa faktor pendorong kenaikan kos.

TA Securities dalam nota penyelidik­annya menjangkak­an faktor itu termasuk aliran meningkat berterusan dalam kos input serta gangguan rantaian bekalan global yang berpanjang­an.

Perkembang­an itu, katanya turut diburukkan lagi dengan ketegangan geopolitik yang berlaku pada peringkat global selain, langkah berpanjang­an China menutup pintu sempadanny­a.

“Faktor ini boleh mendorong kos yang lebih tinggi kepada pengguna, terutama jika perniagaan mengharapk­annya menjadi lebih kekal pada masa hadapan.

“Yang pasti, harga makanan melambung tinggi dan kos pengangkut­an mahal akan terus mendominas­i inflasi Malaysia dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

TA Securities berkata, ia masih mengekalka­n unjuran inflasi negara pada 2.8 peratus untuk tahun ini, seiring dengan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus.

Katanya, di bawah senario garis dasar itu, pihaknya menjangkak­an harga purata minyak mentah Brent berada pada AS$105 satu tong berbanding ramalan

BNM sekitar AS$100 hingga AS$120 satu tong.

Ia turut menjangkak­an harga petrol RON95 dan diesel terus diberikan subsidi oleh kerajaan tahun ini.

“Pengiraan kami menunjukka­n inflasi akan meningkat 0.03 peratus bagi setiap kenaikan AS$1 setong harga minyak.

“Kesan pengganda mungkin lebih besar dalam senario terburuk, sekiranya pengeluar menyalurka­n kos yang semakin meningkat kepada pengguna.

“Inflasi teras berada pada aliran menaik, meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada April 2022,” katanya.

TA Securities berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) tanpa bahan api turut meningkat pada kadar lebih pantas sebanyak 2.2 peratus pada April.

Segmen ini, katanya meliputi semua barangan dan perkhidmat­an kecuali petrol RON95, RON97 dan diesel.

Gangguan rantaian bekalan global menyebabka­n kenaikan harga barangan.

BNM, katanya turut mera- malkan inflasi teras lebih tinggi secara purata antara dua hingga tiga peratus tahun ini.

“Bagaimanap­un, inflasi boleh meningkat sehingga 3.7 peratus tahun ini jika pelan subsidi bahan api baharu dimulakan sertamerta,” katanya.

Firma penyelidik­an itu menjelaska­n, sementara kerajaan masih mencari mekanisme penstruktu­ran semula yang sesuai, ia percaya subsidi pukal semasa sepatutnya ditamatkan berikutan peningkata­n drastik dalam pembayaran subsidi bahan api.

“Kami berpendapa­t rancangan itu boleh dilaksanak­an selepas pilihan raya umum (PRU) yang mungkin boleh berlaku seawal suku ketiga ini.

“Namun, kebimbanga­n terbesar adalah kepada 2023 dan 2024 dengan lebih banyak risiko kenaikan inflasi,” katanya.

TA Securities berkata, di bawah senario terburuk, kadar inf lasi Malaysia boleh meningkat sehingga empat peratus tahun depan jika kerajaan mengembali­kan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar enam peratus dan pada masa sama menghapusk­an subsidi bahan api seawal April 2023.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ??
(Foto Genes Gulitah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia