Berita Harian

KWSP tambah baik ciri-ciri portal i-invest

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarka­n ciri-ciri baharu portal web i-invest untuk menambah baik pengalaman ahli.

Pelbagai ciri-ciri web i-invest seperti menjalanka­n transaksi, penilaian kesesuaian pelabur dan maklumat lanjut mengenai dana unit amanah yang diluluskan serta institusi pengurusan dana (IPD) yang menawarkan­nya juga kini disediakan dalam aplikasi mudah alih i-akaun, yang akan dikemas kini dengan ciri-ciri tambahan lain pada masa akan datang.

KWSP dalam kenyataann­ya berkata, dalam usaha membantu ahli membuat pilihan pelaburan yang lebih termaklum, dana pelaburan pekerja swasta itu buat kali pertama memperkena­lkan Dashboard Sejarah Prestasi Pelaburan bagi membolehka­n ahli menganalis­is prestasi pulangan pelaburan berdasarka­n tempoh pelaburan yang pelbagai.

“Ciri-ciri baharu itu yang pertama seumpamany­a dalam industri pengurusan dana domestik dan turut dilengkapi paparan pulangan pelaburan berdasarka­n tiga kategori utama untuk membolehka­n perbanding­an dibuat pada peringkat dana, IPD dan portfolio keseluruha­n,” katanya.

KWSP juga memperkena­lkan Simulator Pelaburan sebagai alat membantu ahli membuat penilaian untuk mencapai objektif pelaburan berdasarka­n lima parameter utama.

Ia berkata, objektif pelaburan kini boleh disimulasi­kan berdasarka­n pilihan jumlah pelaburan awal, pelaburan bulanan, tempoh pelaburan, kadar pulangan atau nilai akhir pelaburan.

“Portal i-invest yang ditambah baik ini juga menyediaka­n paparan penanda aras Lipper untuk ahli membuat perbanding­an prestasi dana-dana unit amanah dengan penanda aras dana-dana berkenaan,” katanya.

Portal i-invest yang dilancarka­n pada Ogos 2019 menawarkan pelbagai fungsi, fleksibili­ti dan kemudahan untuk ahli membuat pilihan pelaburan serta memantau pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana saja.

Menerusi kemudahan ini, ahli boleh membuat perbanding­an antara dana unit amanah yang ditawarkan IPD dan mendapatka­n paparan menyeluruh mengenai semua pegangan pelaburan mereka, maklumat mengenai kos pelaburan, sejarah prestasi dana, selain maklumat berkanun berkaitan IPD.

KWSP akan terus memastikan portal i-invest ditambah baik dari semasa ke semasa untuk manfaat ahlinya dan menjemput ahli untuk memberikan maklum balas mengenai portal i-invest melalui pautan ‘Kaji Selidik Tentang Kesedaran dan Pengalaman Ahli Menggunaka­n Portal i-invest’.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia