Berita Harian

Pemegang saham MGB lulus bayaran akhir dividen

-

MGB Bhd, anak syarikat LBS Bina Group Bhd kelmarin memuktamad­kan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-20 yang diadakan buat kali kedua secara maya sepenuhnya.

Penyedia penyelesai­an perkhidmat­an pembinaan dan pembanguna­n hartanah itu mengumumka­n bahawa semua sembilan resolusi yang dibentang untuk pertimbang­an diluluskan oleh pemegang sahamnya.

Pemegang saham meluluskan, antara lain, pembayaran akhir dividen satu peringkat sebanyak 0.493 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Dividen berjumlah kira-kira RM2.92 juta, akan dibayar pada 20 Julai 2022 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit pada 28 Jun 2022.

Selain itu, MGB menerima kelulusan untuk membeli balik sehingga 10 peratus daripada jumlah bilangan saham terbitan sedia ada dalam syarikat.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San, berkata pihaknya berbesar hati menerima sokongan pemegang saham dan mencapai keputusan positif pada mesyuarat AGM ke-20.

“Tahun 2022 adalah tahun yang mencabar kerana kita berdepan dengan isu geopolitik dan inflasi yang menjadi antara cabaran untuk syarikat pembinaan. Namun begitu, kami akan terus berusaha dan melaksanak­an projek,” katanya dalam satu kenyataan.

Hock San berkata, setakat ini, MGB membina lebih daripada 19,000 unit hartanah, memanfaatk­an penggunaan sistem binaan berindustr­i (IBS) dalaman syarikat yang membantu menyiapkan lebih daripada 5,000 unit rumah.

“Sehingga 31 Mei 2022, jumlah

Naib Pengerusi Eksekutif MGB tempahan pembinaan kami berjumlah RM1.64 bilion dengan anggaran nilai pembanguna­n kasar RM2.15 bilion di bawah segmen pembanguna­n hartanah. Pada masa ini, MGB berada di dalam keadaan stabil dan konsisten untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

“Sebagai tambahan, kami gembira untuk mengumumka­n kelulusan bagi pembayaran dividen sebanyak 0.493 sen sesaham kepada pemegang saham kami. Sehubungan itu, ini menjadikan dividen akhir pertama yang akan dibayar dalam sejarah syarikat.

“Selaras dengan kemajuan MGB, kami berharap untuk terus konsisten di dalam memberi ganjaran kepada pemegang saham,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, MGB berkembang menjadi syarikat pembinaan serta pemaju hartanah dengan perhatian utama berfokus kepada pasaran pembinaan meluas dan ruang kediaman mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Melalui anak-anak syarikatny­a, MGB menyediaka­n kapasiti penuh reka bentuk, pembinaan serta perkhidmat­an pembanguna­n termasuk mereka, membina, pengurusan projek, kejurutera­an sivil, kejurutera­an nilai, kepakaran geoteknika­l serta pengeluara­n IBS.

 ?? (Foto hiasan) ?? MBG sebagai anak syarikat LBS komited terus beri ganjaran kepada pemegang saham.
(Foto hiasan) MBG sebagai anak syarikat LBS komited terus beri ganjaran kepada pemegang saham.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia