Berita Harian

Liputan 4G di Malaysia hampir 100 peratus

- Oleh Alzahrin Alias

Pengendali mudah alih terus perluas rangkaian capai sasaran JENDELA zahrin@bh.com.my

Ketersedia­an

Ookla berkata, pengendali mudah alih di seluruh Malaysia terus memperluas­kan 4G bagi mencapai sasaran Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menurut laporan JENDELA bagi suku pertama 2022, empat penyedia perkhidmat­an jalur lebar mudah alih utama di negara secara bersama mencapai sasaran untuk tiga bulan pertama tahun ini dengan membina 60 menara 4G baharu.

“Celcom mengatasi sasaran sebanyak 25 peratus, manakala Digi mencapai 94 peratus daripada sasarannya dalam pada ia berdepan isu kelulusan permit dengan pihak berkuasa tempatan di Sabah.

“Liputan 4G di kawasan berpendudu­k juga menepati sasaran, apabila meningkat kepada 95.5 peratus pada suku pertama 2022 dan berada dalam laluan yang baik untuk mencapai sasaran liputan 96.9 peratus menjelang akhir 2022,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ookla berkata bahawa sasaran kerajaan untuk menamatkan sepenuhnya spektrum 3G menjelang akhir tahun lalu, masih belum diselesaik­an sepenuhnya.

Ia berkata, menurut Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 20 peratus daripada tapak 3G masih beroperasi pada tarikh akhir berkenaan.

“Banjir dan musim monsun dikatakan punca penangguha­n untuk menghentik­an tapak 3G. Hampir semua penyedia 3G akan menamatkan perkhidmat­an itu menjelang suku kedua 2022, kecuali di beberapa tapak yang terletak di kawasan pendalaman, yang dijangka ditutup pada Disember 2022,” katanya.

Sementara itu, Ookla berkata, dari segi prestasi rangkaian 4G yang diukur menggunaka­n Speedtest Intelligen­ce, Digi berada di tempat pertama dengan kepantasan muat turun median 28.08 megabait sesaat (Mbps).

Pengendali mudah alih itu, katanya melaporkan bahawa sebahagian besar daripada perbelanja­an modal sebanyak RM815 juta untuk meningkatk­an rangkaian 4G sebagai tidak balas kepada peninkatan penggunaan data dan menyampaik­an komitmen terhadap JENDELA.

“U Mobile dan Celcom hampir setanding dari segi kepantasan muat turut median 4G masingmasi­ng pada 20.09 Mbps dan 20.02 Mbps,” katanya.

Pengendali mudah alih terbesar dari segi jumlah pelanggan, Maxis pula berada di tempat pertama dari segi muat naik, dengan kepantasan median 10.59 Mbps, meningkat 12 peratus berbanding tahun lalu.

Maxis, katanya melabur RM1.2 bilion pada 2021, dengan RM597 diperuntuk­kan pada suku keempat tahun lalu, jumlah terbesar pernah disediakan dalam satu-satu suku tahunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia