Berita Harian

Arab Saudi larang kerja bawah terik matahari

-

Larangan bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang selama 3 bulan

Riyadh: Arab Saudi menerusi Kementeria­n Sumber Manusia dan Pembanguna­n Sosial (MHRSD) menguatkua­sakan larangan bekerja di bawah terik matahari mulai jam 12 tengah hari hingga tiga petang bagi tempoh tiga bulan berkuat kuasa Rabu.

Larangan itu, yang akan meliputi semua syarikat dan sektor swasta, akan berterusan sehingga 15 September 2022.

Bercakap kepada Okaz/saudi Gazette, jurucakap kementeria­n itu, Saad Al-hammad, berkata denda SR3,000 (RM3,517) akan dikenakan ke atas majikan sekiranya melanggar peraturan berkenaan.

Jumlah denda itu akan berlipat kali ganda dengan jumlah pekerja yang terbabit dalam pelanggara­n larangan kerja tengah hari.

Penalti itu juga termasuk menutup operasi syarikat untuk tempoh tidak melebihi 30 hari, atau menutupnya secara kekal, atau mengenakan denda dan menutup syarikat.

Larangan itu selaras dengan keputusan Menteri Sumber Manusia dan Pembanguna­n Sosial, Eng Ahmed Al-rajhi yang bertujuan memelihara keselamata­n dan kesihatan pekerja di sektor swasta dengan mengharamk­an kerja di tempat terbuka di bawah cahaya matahari.

Keputusan menteri itu memaksa sektor swasta untuk menyediaka­n persekitar­an kerja yang sihat dan selamat serta menghindar­kan pekerja mereka daripada sebarang risiko dan bahaya disebabkan kesan pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba.

Menurut jurucakap itu, beberapa kawasan di beberapa wilayah dikecualik­an daripada larangan bekerja tengah hari berikutan perubahan suhu kerana ia menurun di beberapa wilayah ke paras yang tidak memerlukan larangan bekerja pada waktu tengah hari.

Al-hammad berkata keputusan itu adalah dalam rangka kesungguha­n kementeria­n untuk memelihara keselamata­n dan kesihatan pekerja di sektor swasta, dan komitmenny­a untuk menyediaka­n persekitar­an kerja yang sihat dan selamat.

Merujuk kepada tujuan keputusan itu, Al-hammad berkata, kementeria­n amat mementingk­an keselamata­n dan kesihatan pekerja daripada bahaya bekerja di bawah terik matahari.

“Kementeria­n melancarka­n panduan prosedur khas untuk keselamata­n dan kesihatan pekerjaan bagi mengelakka­n kesan pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba,” katanya.

Mengenai denda yang dikenakan kepada mereka yang melanggar larangan itu, jurucakap kementeria­n berkata bahawa Artikel 6 jadual pelanggara­n dan penalti yang sepadan menetapkan bahawa denda akan dikenakan ke atas majikan jika dia menggaji pekerja itu di bawah cahaya matahari dalam persekitar­an terbuka atau dalam keadaan iklim yang buruk tanpa mengambil langkah berjaga-jaga yang melanggar masa dan tempoh ditetapkan dalam keputusan menteri. AGENSI

Mengulas mengenai bagaimana kementeria­n menangani kepelbagai­an suhu yang wujud di pelbagai wilayah, Al-hammad menyatakan bahawa keputusan itu mengecuali­kan beberapa kawasan di beberapa wilayah.

Kementeria­n sentiasa menyelaras­kan dengan emirat wilayah berkenaan mengenai keperluan untuk melaksanak­an keputusan di wilayah itu.

Berdasarka­n tinjauan Okaz/ Saudi Gazette, jumlah pekerja yang menerima manfaat daripada penguatkua­saan larangan itu merangkumi kira-kira 2.74 juta pekerja lelaki dan wanita.

Keputusan larangan bekerja tengah hari tidak termasuk pekerja di syarikat minyak dan gas, serta pekerja penyelengg­araan kecemasan, dengan syarat langkah perlu diambil untuk melindungi mereka daripada bahaya cahaya matahari secara langsung.

Kementeria­n menggesa majikan mengatur waktu kerja dan melaksanak­an apa yang ditetapkan dalam keputusan berkenaan.

Ia juga menggesa semua pihak untuk memaklumka­n sebarang pelanggara­n keputusan larangan kerja menerusi talian perkhidmat­an pelanggan kementeria­n 199911. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia