Berita Harian

Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad

-

Umat Islam berkumpul di luar Masjid Baitul Mukarram National sebelum berarak ke pejabat Pesuruhjay­a Tinggi India di Dhaka bagi membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata yang memerintah India.

Dhaka: Seorang peguam warga Bangladesh dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Rabu, menambahka­n lagi ketegangan sedia ada di seluruh negara itu.

Hantaran di Facebook itu tular di media sosial ketika negara Asia Selatan yang majoriti pendudukny­a beragama Islam itu berang terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.

Peguam lain yang mengadakan bantahan besar-besaran di Mahkamah Agung Bangladesh, tempat peguam itu bekerja, turut merosakkan pejabatnya.

Mereka turut mengadakan perhimpuna­n mendesak peguam itu segera dihukum, manakala Majlis Peguam Mahkamah Agung Bangladesh sudah pun menggantun­g keahlian peguam terbabit.

Satu kes sudah pun difailkan terhadap peguam terbabit di Balai Polis Shahbag, Dhaka pada malam Rabu.

“Kami sudah pun menerima kes yang diklasifik­asikan sebagai diari aduan (GD) dan akan menyerahka­n laporan itu kepada unit siber esok (Khamis) untuk siasatan,” kata pegawai bertugas, Moudud Hawlader kepada Anadolu.

Kenyataan peguam itu amat mengguris sentimen Islam dan menggugat keharmonia­n penduduk, menurut laporan polis itu.

Seorang peguam kanan Mahkamah Agung, Md Jashim Uddin, menegaskan, tindakan yang dibuat peguam itu amat tidak dijangka.

“Kami menuntut hukuman teladan supaya tiada lagi yang berani melakukan perbuatan keji menghina Nabi bagi memusnahka­n keharmonia­n penduduk negara ini,” kata Uddin.

Sementara itu, parti Islam terbesar Bangladesh, Islami Andolan, mengumumka­n ia akan mengadakan perarakan ke pejabat Pesuruhjay­a Tinggi India di Dhaka pada Khamis bagi menyerahka­n memorandum menuntut supaya hukuman dijatuhkan ke atas dua pegawai parti itu.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia