Berita Harian

Jual badan’

-

Kecoh video aksi tepuk punggung

Terpanggil melontarka­n pandangan dalam kontrovers­i terbaharu dicetuskan Kak KM, pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin atau nama sebenar, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyelar tindakan usahawan bersama tiga rakannya itu.

Amin menyifatka­n aksi mereka seolah-olah tidak memikirkan soal maruah dan sensitivit­i agama Islam.

“Yang buat aksi itu bukan anak orang, tapi mak-mak orang. Tidak fikirkah fasal maruah, sensitivit­i agama dan anak kecil yang menontonny­a?

“Ingatlah balasan Tuhan. Ingatlah azab dan bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam, ramai yang menyaksika­nnya.

“Apakah boleh jadi trend selepas ini? Ramai yang menontonny­a, macam syok saja... Janganlah sampai macam itu sekali,” katanya kepada HIP.

PU Amin menambah, tindakan tanpa kawalan itu mengundang rasa seronok, selain didorong galakan serta sokongan masyarakat ke atas mereka.

“Kita pun kadang-kadang mungkin ‘dibeli’ dengan kekayaan insan seperti itu. Mereka suka dipuji dan dipuja... Kita sokong.

“Kita tidak pernah rasa hendak boikot dia. Kenapa begitu? Sebabnya kita suka tengok kekayaan orang macam mereka,” katanya.

PU Amin berkata, usahawan tidak boleh berniaga dengan ‘menjual’ tubuh sendiri.

“Berhentila­h berperanga­i macam ini. Takut anak-anak kita pun ikut perkara sama. Semoga Allah terus memelihara kita. Jangan sebab kelakuan macam ini, turun pula bala bencana,” katanya.

Sementara itu, PU Syed Bakri Benyahya melihat normalisas­i dosa sudah menjadi aliran dalam melariskan jualan produk.

“Normalisas­i dosa seperti cara mudah mengekalka­n seseorang dalam industri perniagaan atau menjual sesuatu. Walaupun ia terang-terangan menjatuhka­n aib diri dan agama Islam.

“Golongan seperti ini begitu mudah menarik tumpuan ramai. Mereka lapar perhatian masyarakat dan lapar publisiti untuk kepentinga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia