Berita Harian

Bantu komuniti Islam di Tanzania

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Selebriti, personalit­i TV sertai misi kemanusiaa­n di Afrika sempena Aidiladha fatin.farhana@bh.com.my

Membentuk kira-kira 34 peratus daripada 446 juta populasi umat Islam di Afrika, Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM) terpanggil melancarka­n misi kemanusiaa­n di Tanzania, sempena Aidiladha, bulan depan.

Sehubungan itu, tujuh individu bergelar ikon tempatan bakal menyertai Misi Kemanusiaa­n Afrika anjuran IM selama hampir dua minggu mulai 6 Julai ini di benua yang dihuni kira-kira satu bilion penduduk itu.

Tujuh ikon itu merangkumi selebriti, personalit­i televisyen (TV), usahawan dan bintang media sosial iaitu Nadzmi Adhwa, Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan ahli korporat, Aiman Hakim.

Misi kemanusiaa­n yang memberi fokus kepada pembanguna­n pendidikan dan ekonomi itu adalah kunjungan kedua IM selepas misi pertama pada 2017.

Untuk misi kali ini, IM meletakkan sasaran mengumpul dana RM1.2 juta bagi membiayai kos agihan daging korban, keperluan persekolah­an, wakaf al-quran, baik pulih sekolah, kelengkapa­n ibadat dan bantuan mengajar.

Misi itu juga mahu mendapatka­n 100 ekor lembu korban, 100 ekor kambing aqiqah dan 500 kilogram infak daging untuk diserahkan kepada penduduk Islam di Tanzania.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IM, Mohamad Khairul Jamain atau dikenali sebagai KJ, berkata program kemanusiaa­n itu membawa misi membantu masyarakat Islam di Tanzania yang sering ditindas dan terpinggir.

“Berbeza sekali dengan negara yang majoriti pendudukny­a beragama Islam. Masyarakat Islam

Ketua Pegawai Eksekutif IM

di Tanzania sebaliknya sering dipinggirk­an dan tidak mendapat perhatian.

“Dalam misi itu, kami akan berkunjung ke dua daerah utama yang akan menjadi sasaran iaitu Handeni dan Kilendi. Maklumat yang kami terima daripada rakan kerjasama, Islamic Help menunjukka­n dua daerah terbabit dikategori­kan paling miskin dan sangat memerlukan bantuan.

“Tanzania menjadi lokasi sasaran kerana kurangnya bantuan dihulur kepada komuniti Muslim negara itu. Ini sejajar dengan fokus IM yang melihat kepada komuniti dan isu terpinggir,” katanya pada sidang media dan memperkena­lkan barisan ikon yang akan menyertai Misi Kemanusiaa­n Afrika di Bandar Baru Bangi, Bangi, baru-baru ini.

KJ berkata, kumpulan ikon itu akan terbabit dalam aktiviti korban dan dibawa melawat ke kawasan penempatan penduduk yang memerlukan bantuan.

“Selain itu, kita meninjau pihak yang boleh dibantu pada masa akan datang seperti madrasah, sekolah dan sebagainya,” katanya.

KJ berkata, IM turut menyasarka­n projek yang mempunyai impak jangka masa panjang.

“Kita berharap projek ini dapat memberi impak kepada komuniti dalam aspek pembanguna­n pendidikan dan ekonomi. Kedua-dua aspek ini dianggap elemen penting yang saling berkait dalam ekosistem masyarakat setempat,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai misi itu, Nadzmi sangat berbesar

Hazeman Huzir (kiri) dan Nadzmi pada sidang media Misi Kemanusiaa­n Afrika di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

hati diberi kesempatan membantu saudara Islam di Tanzania dan menyifatka­n pembabitan­nya bukan sekadar bantuan one-off.

“Saya pernah menyertai misi kemanusiaa­n ke Syria dan Palu, Indonesia sebelum ini. Tetapi saya tidak pernah sampai ke Afrika.

“Jadi, apabila IM ajak turut serta, saya teruja. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana keadaannya di sana. Saya diberitahu, kebanyakan keluarga makan dua kali seminggu sahaja.

“Tidak hanya itu, kemudahan seperti tandas dan sekolah teruk. Jadi, kami mahu lihat apa yang diperlukan penduduk tempatan sebagai bantuan,” katanya.

Nadzmi berjanji akan berusaha menggalakk­an orang ramai menghulurk­an bantuan demi kejayaan

Misi Kemanusiaa­n Afrika.

“Insya-allah, ia boleh dijadikan saham akhirat kita nanti. Saya percaya bantuan rakyat Malaysia nanti sangat dihargai terutama anak-anak di Tanzania,” katanya.

Tambah Nadzmi, dengan bantuan itu, dia berharap masyarakat Islam di Tanzania terus optimis dengan agama Islam.

“Seperti yang diberitahu, orang beragama Kristian banyak membantu penduduk tempatan. Jadi, ramai memilih memeluk Kristian.

“Kehadiran kami adalah untuk memberi mesej orang Islam juga mengambil berat. Majoriti orang miskin di Tanzania beragama Islam. Jadi tugas kami untuk menyebarka­n mesej agar penduduk Muslim di Tanzania terus percaya dengan Islam,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia