Berita Harian

Harimau Malaya perlu lonjak ranking

- Oleh Syafiq Aznan

Piala Asia 2023

Skuad negara kena berada di kedudukan 100 jika mahu undian lebih baik syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad negara memiliki sekurang-kurangnya setahun untuk memperbaik­i ranking sekiranya mahu ‘melompat’ dari Balang 4 ke Balang 3 bagi undian Piala Asia 2023, tahun depan,

Ranking semasa skuad Harimau Malaya ketika ini 154 menyaksika­n mereka bakal mengisi Balang 4 bersama lima lagi negara dengan semua liga negara terbabit menghuni ranking melebihi 100.

Lima lagi negara yang mengisi Balang 4 adalah India (106), Thailand (111), Tajikistan (114), Hong Kong (147) dan juga Indonesia (159).

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim melihat skuad negara perlu mengalahka­n pasukan yang berada pada ranking ke-100 dunia dalam aksi persahabat­an dalam misi melonjakka­n ranking dan berada pada kedudukan lebih baik bagi undian Piala Asia 2023.

Namun bekas pengurus Selangor itu mengakui untuk ‘melompat’ sebanyak 54 anak tangga bukanlah satu kerja yang mudah apatah lagi tidak banyak pasukan dalam ranking terbabit berminat untuk bertemu pasukan yang berada pada ranking yang jauh lebih rendah.

“Di Piala Asia nanti, Malaysia dalam balang terakhir iaitu Balang 4. Dalam tiga lagi balang membabitka­n 18 pasukan, semuanya pasukan dalam ranking ke-100 terbaik dunia.

“Malaysia ada 10 bulan lagi untuk tingkatkan ranking supaya dapat pindah ke Balang 3 atau berada dalam pasukan 100 terbaik dunia. Untuk mencapainy­a, Malaysia perlu kalahkan pasukan dalam ranking ke-100 dunia juga.

“Tetapi tidak semua pasukan ini sudi menentang pasukan di ranking bawahan kerana mereka pun mahu tingkatkan ranking mereka. Menang dengan pasukan di ranking bawahan hanya memberi sedikit mata,” katanya, Dalam perkembang­an sama, Zakaria mendedahka­n masih ada cara lain untuk ‘memikat’ pasukan terbaik dunia bermain di sini namun pendekatan ini bakal memberi risiko kepada pungutan mata dan ranking Malaysia.

“Jalan mudah mungkin menerusi penganjura­n siri kejohanan persahabat­an tiga atau empat penjuru terutama pasukan yang sudah layak ke Piala Dunia tetapi tidak berada dalam kumpulan yang sama.

“Itulah sebenarnya imbuhan terbaik buat pasukan kebangsaan selepas layak ke Piala Asia 2023. Tetapi risikonya adalah mata ranking Malaysia mungkin akan menjunam jika kalah semua perlawanan,” katanya.

Zakaria Rahim

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia