Berita Harian

Tujuh atlet dikenal pasti

-

Projek B10

Putrajaya: Seramai tujuh pelatih sudah dikenal pasti bagi diserapkan dalam program khas ‘Projek B10’ iaitu projek larian bawah 10 saat yang dianjurkan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

Pengerusi Jawatankua­sa Panel Pemilihan ‘Projek B10’ KPT, Dr Pekan Ramli dalam satu kenyataan berkata, panel jawatankua­sa akan memperhalu­si senarai pelatih berkenaan sebelum pengumuman rasmi dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam masa terdekat.

Beliau, berkata seramai 20 pelatih daripada Sekolah-sekolah Sukan Malaysia (SSTMI) dan Sekolah Sukan Negeri (Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka) hadir pada sesi pemilihan ketiga bagi menjalani ujian-ujian yang ditetapkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Katanya, hasil daripada penilaian yang dibuat, tiga lagi calon pelatih dikenal pasti menjadikan keseluruha­n tujuh pelatih selepas ujian pemilihan di Johor (satu calon layak) dan Perlis (tiga calon layak) yang diadakan sebelum ini.

“Sesi ujian di UPM kita melihat kesungguha­n tinggi bakal pelatih dalam beberapa ujian yang dilakukan.

“Jika mereka boleh melepasi had kelayakan yang mencabar ini, ia satu petanda baik untuk mereka digilap. Kita juga mengutamak­an kualiti bukan kuantiti,” kata Pekan.

Program khas berkenaan yang turut diangkat sebagai ‘Program Bitara’ iaitu projek berimpak tinggi oleh KPT dilancarka­n oleh Noraini pada November tahun lalu.

Program ini bagi melahirkan pelari pecut pertama negara yang mampu berlari dengan catatan masa di bawah 10 saat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia