Berita Harian

Ten Hag ‘hadap’ Klopp aksi ketiga

-

Manchester: Erik Ten Hag akan memulakan era baharu Manchester United dengan pertembung­an menentang Brighton pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), 6 Ogos ini.

Berdasarka­n jadual dikeluarka­n semalam, The Red Devils akan melayan kunjungan Brighton untuk aksi pembukaan itu sementara aksi pertama EPL membabitka­n pertembung­an antara Arsenal menentang Crystal Palace.

Pasukan yang baru dipromosi, Fulham akan berdepan Liverpool di laman sendiri sementara Bournemout­h menentang Aston Villa dan Nottingham Forest berkunjung ke Newcastle.

Cabaran Ten Hag bermula pada aksi ketiga selepas mereka akan berdepan Liverpool di Old Trafford.

Selepas kunjungan ke Brentford, mereka akan melayan kunjungan The Reds kendalian Jurgen Klopp dengan igauan dibelasah 9-0 secara agregat pada musim lalu pasti terus bermain dalam fikiran penyokong mereka.

Antara aksi lain yang cukup penting buat Ten Hag adalah menentang Arsenal pada 3 September disusuli aksi ‘Tetangga Manchester’ pada 1 Oktober.

Mereka akan menentang Chelsea pada 22 Oktober dan aksi ‘Tetangga Manchester’ buat kali kedua pada 14 Januari serta pertembung­an berdepan Arsenal seminggu kemudian.

United akan berkunjung ke Anfield pada 4 Mac sebelum melayan kunjungan Chelsea di Old Trafford pada 22 April.

Aksi 'Tetangga Merseyside' pertama pada musim ini akan berlangsun­g di Goodison Park pada 3 September dan 11 Februari di Anfield.

Juara bertahan, Manchester City berdepan cabaran West Ham untuk aksi pertama musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia