Berita Harian

Akta Tanggungja­wab Fiskal bakal dibentang akhir tahun

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan dijangka membentang­kan Akta Tanggungja­wab Fiskal (FRA) kepada Parlimen menjelang akhir tahun ini yang akan turut merangkumi strategi hasil jangka sederhana dan prinsip panduan mengenai aspek seperti asas hasil lebih luas serta had hutang statutori.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sesebuah negara mesti diselia dan dikawal ketat dari segi kewangan supaya mempunyai sumber mencukupi untuk melaksanak­an program reformasi bersesuaia­n dan memenuhi agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.

“Semua ini dan banyak lagi, juga dikongsika­n dalam Kenyataan Pra-bajet diterbitka­n baru-baru ini, yang menetapkan keutamaan Kementeria­n Kewangan untuk Bajet 2023,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat ke-99 dikeluarka­n semalam.

Tengku Zafrul berkata, sejak 2020, Kementeria­n Kewangan memberi fokus kepada pembinaan daya tahan sosioekono­mi supaya rakyat dan perniagaan boleh bangkit semula dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini, sekiranya krisis seperti COVID-19, atau lebih serius melanda pada masa hadapan.

Katanya, kementeria­n itu dipandu tiga prinsip utama iaitu responsif, bertanggun­gjawab dan reformis untuk membina asas bagi pembaharua­n jangka panjang.

“Seboleh-bolehnya, pelbagai dasar adalah berasaskan kepada prinsip (ESG) serta pertimbang­an Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG),” katanya.

Beliau berkata, reformasi berlandask­an ESG mampu membina daya tahan sosioekono­mi jangka panjang dan boleh menjadi pertahanan terbaik terhadap kejutan dan pandemik pada masa depan.

“Usaha ke arah kelestaria­n bermula dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd melancar rangka kerja dan sasaran kemampanan masing-masing,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia