Berita Harian

Pelajar kembar peroleh 8A, 10A

-

Nilai: “Belajar secara panggilan video dan menjalani kuarantin dua minggu sebelum peperiksaa­n bermula menjadi antara cabaran serta pengalaman tidak dapat dilupakan, namun kami bersyukur dengan keputusan diperoleh semalam (kelmarin),” kata dua beradik kembar, Nurul Fatihana Abdul Rahman dan Nurul Fatiha Abdul Rahman, 19, yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Kedua-dua pelajar Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, masing-masing memperoleh 8A dan 10A.

Anak kedua dan ketiga daripada tiga beradik berasal dari Seremban ini berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang al-quran dan Sunnah di USIM, bagi memenuhi impian sebagai pensyarah.

“Kami harap dapat meneruskan pengajian di USIM selepas ini,” kata kembar berkenaan.

Sementara itu, Pengarah KGI, Dr Hayati Ismail, berkata tiada dalam kalangan 42 pelajar kolej berkenaan yang gagal mendapat keputusan A.

Beliau berkata, seramai empat pelajar memperoleh 11A, 10A (8), 9A (9), 8A (5), 7A (5), 6A (3) dan dua pelajar masing-masing memperoleh 5A, 4A dan 3A serta seorang pelajar mendapat 2A.

“Walaupun berdepan cabaran menjalani pengajaran dan pembelajar­an (PDP) sepanjang pandemik COVID-19, namun pelajar tidak patah semangat sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat keputusan membanggak­an.

 ?? (Foto Ihsan USIM). ?? Nurul Fatihana (kanan) dan Nurul Fatiha (kiri) bersama ibu mereka.
(Foto Ihsan USIM). Nurul Fatihana (kanan) dan Nurul Fatiha (kiri) bersama ibu mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia