Berita Harian

UAE, Malaysia bincang saling iktiraf sijil pendidikan

-

Kuala Lumpur: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbincang dengan Malaysia ke arah saling mengiktira­f sijil pendidikan dan akreditasi daripada institusi pengajian tinggi masing-masing.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Perdaganga­n UAE di Kementeria­n Luar dan Kerjasama Antarabang­sa, Dr Abdulnasse­r Alshaali, berkata pengiktira­fan sedemikian akan beri manfaat kepada pasaran kerja kedua-dua negara, selain membuka laluan untuk lebih banyak kerjasama antara institusi pendidikan pada masa hadapan.

“Ia agak penting berikutan keadaan pasaran pekerjaan semasa. Ia memudahkan rakyat UAE datang dan bekerja di Malaysia dan sebaliknya,” katanya.

Alshaali yang mengetuai misi perdaganga­n ke Malaysia, memberitah­u di luar mesyuarat perniagaan dengan rakan sejawatan tempatan di sini, semalam.

Pendidikan menjadi antara fokus utama hubungan dua hala Uae-malaysia. Ketika ini, ada kira-kira 700 pelajar dari UAE menuntut di Malaysia dengan kebanyakan mereka melanjutka­n pengajian pasca siswazah dalam bidang pengurusan, perniagaan, kewangan dan undang-undang.

Beliau berkata, kedua-dua negara harus memperheba­t perkongsia­n dalam sektor kesihatan untuk menerokai potensi besar industri farmaseuti­kal serta dalam penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin baharu.

“Industri itu terus menjadi tumpuan beberapa tahun akan datang berikutan krisis kesihatan COVID-19 global,” katanya.

Alshaali berkata, sebagai pemacu utama dalam industri halal global, Malaysia mempunyai kelebihan menghasilk­an vaksin dan produk farmaseuti­kal yang boleh memenuhi keperluan piawaian halal yang diperlukan.

Dalam misi tiga hari itu, delegasi UAE bertemu pegawai Malaysia dan melawat beberapa kementeria­n termasuk Kementeria­n Luar, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan.

UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia di Asia Barat. Pada 2020, perdaganga­n dua hala Uae-malaysia mencecah AS$5 bilion dan terus meningkat kepada AS$5.4 bilion pada 2021 meskipun berdepan pandemik dan kelembapan ekonomi global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia