Berita Harian

Khidmat BRT lebih luas bantu kurang kesesakan

-

Usaha jadikan jaringan sistem pengangkut­an awam efisien, menyeluruh

Kuala Lumpur: Penawaran jaringan perkhidmat­an Transit Aliran Bas (BRT) yang lebih luas antara alternatif dilihat mampu memperkuku­h jaringan pengangkut­an awam, sekali gus membantu mengurangk­an kesesakan trafik di ibu kota.

Pensyarah Kanan Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr S Gobi Krishna, berkata peluasan perkhidmat­an BRT membabitka­n kawasan berjauhan dengan pengangkut­an rel berserta tambang munasabah, perlu dimaksimum­kan menjelang 2025.

Ini bagi menjadikan jaringan sistem pengangkut­an awam lebih efisien dan menyeluruh.

Beliau berkata, penggunaan BRT tidak semestinya memerlukan pembinaan infrastruk­tur jalan atau trek baharu, kerana ia boleh menggunaka­n laluan jalan raya sedia ada, sekali gus mengurangk­an kos pengambila­n tanah untuk pembinaan.

“Misalnya di lebuh raya Persekutua­n sudah ada lorong khas bas yang boleh ditukar guna dengan sistem perkhidmat­an BRT dan ia boleh diintegras­ikan dengan stesen rel untuk pertukaran laluan bagi memberi perkhidmat­an optimum kepada pengguna pengangkut­an awam.

“Bagaimanap­un, tidak semua laluan dan lokasi boleh menggunaka­n jalan raya sedia ada. Jika terlalu banyak perhentian, ia akan menjadi seperti perkhidmat­an bas henti-henti dan tidak mencapai matlamat sebenar,” katanya.

Setakat ini, bas BRT mempunyai laluan eksklusif melalui jalan raya bertingkat dan tidak berkongsi dengan lalu lintas kenderaan lain. Hanya satu laluan BRT beroperasi ketika ini, iaitu Laluan BRT Sunway yang juga sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

Gobi Krishna berkata, BRT mampu melengkapk­an kesalinghu­bungan pengangkut­an rel yang sudah dan sedang dibina, melalui integrasi dengan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), seperti dilaksanak­an di BRT laluan Sunway-usj 7.

Beliau berkata, antara laluan dikenal pasti berpotensi ialah pusat bandar raya ke Ampang, Klang ke Pasar Seni, Damansara ke Kinrara, serta Kepong ke Ampang, atas faktor kepadatan penduduk yang tinggi dan dilihat mampu menarik ramai pengguna.

Difahamkan, Rapidkl sedang menjalanka­n kajian percubaan bagi dua laluan membabitka­n perkhidmat­an BRT, iaitu Laluan 400 (Damai Perdana-hab Lebuh Pudu) dan Laluan 640 (Sri Manja-hab Pasar Seni).

Beliau berkata, BRT juga mampu menjadi perkhidmat­an ekspres intra bandar, yang dapat menyokong beberapa kawasan pembanguna­n ekonomi ke pusat bandar raya sekitar Lembah Klang, selain mewujudkan laluan orbital yang menghubung­kan pusat daerah penting.

Selain menyediaka­n perkhidmat­an berkapasit­i tinggi di laluan strategik, BRT juga mampu menghubung­kan kawasan luar atau pinggir bandar ke pusat bandar raya, seperti yang dilaksanak­an di Curitiba (Brazil), Marrakesh (Maghribi), Brisbane (Australia), Stockholm (Sweden) dan Ottawa (Kanada).

Memetik kejayaan pelaksanaa­n mod pengangkut­an itu di Guangzhou, China, Gobi Krishna turut mencadangk­an faktor ditambah baik seperti keselamata­n, fasiliti perhentian bas, tahap tampungan rangkaian perkhidmat­an dan perkhidmat­an tempat letak basikal serta laluan pejalan kaki yang selamat disediakan.

Sementara itu, Pensyarah Pengangkut­an dan Logistik Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar, pula berkata walaupun pelaksanaa­n sistem BRT membabitka­n kos lebih rendah iaitu lebih separuh kurang berbanding LRT serta tidak memerlukan tempoh panjang, ia juga perlu dilihat dari sudut ekonomi dan pelaburan jangka panjang.

“Kita juga perlu melihat sejauh mana ia memberi pulangan kepada ekonomi bagi memastikan kelangsung­an perkhidmat­an itu. Sebagai contoh, dari segi kos perbatuan yang mana kos operasi BRT boleh menjadi lebih tinggi daripada LRT di sesetengah tempat, dan kos operasi LRT lebih tinggi daripada MRT,” katanya.

BERNAMA

S Gobi Krishna

Tambang Rapidkl, komuter percuma sebulan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia