Berita Harian

Kemudahan ringankan beban warga kota

-

Kuala Lumpur: Kemudahan tambang percuma selama sebulan yang diberi kepada pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) serta bas Rapidkl sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, kelmarin, dapat meringanka­n beban kehidupan warga kota.

Tinjauan BH di beberapa stesen utama termasuk Pasar Seni dan KL Sentral mendapati kebanyakan pekerja berasa lega dan bersyukur diberikan tambang percuma oleh kerajaan, sekali gus dapat menjimatka­n perbelanja­an bulanan mereka.

Pekerja swasta, Norhashima­h Mohd Sani, 54, berkata kemudahan tambang percuma selama sebulan itu membolehka­n beliau menggunaka­n peruntukan tambang disediakan bagi membeli keperluan lain pada bulan ini.

“Kebanyakan kami yang menaiki LRT terpaksa meletak kenderaan di stesen LRT dan kemudian menaiki tren ke tempat dituju. Jadi dengan tambang percuma, ia dapat membantu rakyat menjimatka­n kos,” katanya.

Mengulas kesesakan di kawasan stesen ketika waktu puncak, beliau berkata, keadaan itu di luar jangkaan dan di luar bidang kuasa pihak pengurusan.

“Kejadian kesesakan seperti ini memang berlaku, tetapi tidak selalu dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Nur Farah Natasya Ramani, 23, berkata perkhidmat­an tambang percuma hanya kesenangan dinikmati sekejap sahaja, sebaliknya berharap kerajaan menyelesai­kan segera isu perkhidmat­an awam yang masih tidak memuaskan.

“Selain memberi tambang percuma, kerajaan juga perlu fokus untuk menyelesai­kan isu ini.

“Saya tidak begitu terbeban dengan kos tambang pengangkut­an, tetapi masalah prasarana dan penyelengg­araan seperti kekerapan tren dan eskalator yang sudah lama rosak tidak dibaiki perlu diberi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Salihah Kamaruddin, 31, bersyukur kerajaan mendengar luahan hati rakyat dengan menawarkan inisiatif seperti ini.

“Saya tidak sangka ia membabitka­n semua perjalanan sebab yang dilancarka­n hanya MRT, tetapi semua perkhidmat­an ditawarkan secara percuma,” katanya.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Sebahagian orang awam menggunaka­n perkhidmat­an tren di Stesen LRT Pasar Seni, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Sebahagian orang awam menggunaka­n perkhidmat­an tren di Stesen LRT Pasar Seni, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia