Berita Harian

‘Kenyataan Setiausaha PAS Selangor tidak tepat’

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Mohamad Munir perjelas Sultan Sharafuddi­n nyata pendirian tak sekat festival Bon Odori

Shah Alam: Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kenyataan dikeluarka­n Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita adalah tidak tepat dan tidak pernah berlaku.

Beliau berkata, pada sesi menghadap itu, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, hanya menyatakan pendirian baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun, Bon Odori yang akan diadakan di Selangor kepada Pesuruhjay­a PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, Sultan Selangor juga menyatakan pandangan baginda bahawa festival Bon Odori hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadiri­nya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan, sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.

“Merujuk kepada kenyataan dikeluarka­n Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, yang disiarkan di sebuah portal berita semalam (kelmarin) di bawah tajuk ‘Tiada Masalah antara kami, kata PAS Selangor selepas menghadap Sultan’ yang mana dalam kandungan berita itu memetik sebagai berkata ‘Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori’

“Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormat­i pendirian baginda’, adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini tidak tepat sama sekali dan tidak berlaku sebenarnya ketika Pesuruhjay­a PAS Selangor menghadap Sultan Selangor pada tarikh berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Munir berkata, dalam sesi menghadap Sultan Sharafuddi­n di Istana Bukit Kayangan Shah Alam pada petang Selasa lalu, turut dititah hadir bagi menyaksika­n pertemuan itu adalah beberapa orang Ahli Dewan Diraja Selangor, termasuk Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kelmarin, Dr Ahmad Yunus dalam kenyataan memaklumka­n pertemuann­ya bersama Sultan Selangor pada Selasa lalu hanya untuk mendengar titah baginda dan tiada sebarang perbincang­an berlaku antara beliau dan Sultan Sharafuddi­n.

“Merujuk kepada pertemuan antara saya dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Selasa di Istana Bukit Kayangan, saya mengesahka­n bahawa dalam majlis berkenaan, saya hanya mendengar titah Tuanku dan tidak ada sebarang perbincang­an antara saya dengan Tuanku,” katanya dalam kenyataan.

 ?? (Foto FB Selangor Royal Office) ?? Sultan Sharafuddi­n menerima menghadap Ahmad Yunus di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, baru-baru ini.
(Foto FB Selangor Royal Office) Sultan Sharafuddi­n menerima menghadap Ahmad Yunus di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia