Berita Harian

PKR perlu menang bukan hanya di kawasan tegar

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Pemilihan PKR

akar umbi mahu lonjakan raih kemenangan

Kuala Lumpur: Perubahan dalam kepemimpin­an PKR perlu diterjemah­kan sebagai lonjakan bagi memenangi pilihan raya bukan hanya di kawasan tegar parti itu, namun di Pantai Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memenangi jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu baru-baru ini berkata, keputusan pemilihan terutama bagi pimpinan kanan adalah gambaran akar umbi parti berdasarka­n prinsip satu anggota satu undi.

Katanya, ia juga mesej positif kesinambun­gan PKR dan reformasi daripada generasi Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Rafizi Ramli, yang dipilih sebagai Timbalan Presiden, selain empat kedudukan Naib Presiden yang semuanya berusia awal 40-an.

Selain Nik Nazmi, tiga lagi Naib Presiden PKR yang baharu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas barisan kepemimpin­an itu, Nik nazmi berkata selain usia yang masih muda, dalam kalangan pemimpin ini termasuk Datuk Seri Aminuddin Harun

mempunyai pengalaman korporat, usahawan, aktivisme dan politik yang lama.

“Saya yakin barisan kepemimpin­an ini yang terbabit pada zaman awal parti akan kekal setia kepada agenda reformasi yang menjadi teras parti,” katanya kepada BH.

Kelmarin, Anwar berkata barisan kepemimpin­an dibentuk melalui Pemilihan PKR baru-baru ini memberi mesej positif dan jelas bahawa parti itu perlu lonjakan baharu bagi membawa perubahan yang lebih baik.

Bagaimanap­un katanya, perubahan yang dibawa itu memerlukan dukungan yang kuat daripada rakyat dan tidak tersasar daripada prinsip reformasi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia