Berita Harian

‘Keluar kepompong reformasi 1998’

-

Kuala Lumpur: PKR perlu keluar daripada kepompong reformasi asal, ketika parti itu ditubuhkan pada 1998 dan memberi tawaran baharu kepada ahlinya serta rakyat Malaysia.

Barisan kepemimpin­an baharu parti, hasil Pemilihan PKR 2022, jelas menunjukka­n akar umbi parti mahukan sesuatu yang ‘segar’ supaya PKR mampu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mentadbir negara.

Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata perjuangan yang perlu dihadapi PKR ketika ini jauh berbeza berbanding 1998, iaitu menentang Barisan Nasional (BN) selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“PKR perlu keluar daripada kepompong reformasi asal, itu yang pertama perlu dilakukan PKR. Jangan dikaitkan reformasi ketika itu dengan perjuangan sekarang.

“Jika dikaitkan dengan pemilihan PKR baru-baru ini, itulah yang dikehendak­i akar umbi, iaitu satu reformasi baharu dan dimulakan dengan kepemimpin­an baharu.

“Justeru, Anwar sebagai Presiden

PKR, perlu akur dengan kehendak akar umbi yang mahukan reformasi ketika ini untuk memberikan satu wadah, yang PKR mampu mentadbir negara sama ada bersama Pakatan Harapan (PH) atau secara solo,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Anwar dalam reaksi pertamanya, selepas lebih dua minggu keputusan Pemilihan PKR 2022 bagi jawatan tertinggi parti diketahui, berkata barisan kepemimpin­an baharu PKR memberi mesej positif dan jelas yang parti itu perlu lonjakan baharu bagi membawa perubahan yang lebih baik.

Bagaimanap­un, katanya, perubahan yang dibawa itu perlukan dukungan yang kuat daripada rakyat dan tidak tersasar daripada prinsip reformasi.

Anwar menang tanpa bertanding pada pemilihan itu dan mengekalka­n jawatan Presiden, manakala bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menang merebut jawatan Timbalan Presiden, menewaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut menang pada pemilihan itu ialah kumpulan yang mengisytih­arkan sebagai pasukan Rafizi, bagi jawatan Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang dikatakan dalam pasukan Saifuddin menjadi satu-satunya dari kumpulan itu yang disenaraik­an pemenang jawatan Naib Presiden.

Sementara itu, penganalis­is politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata PKR perlu keluar daripada bayang-bayang Anwar dan perjuangan parti tidak boleh berasaskan kepada individu semata-mata.

“PKR pada peringkat awalnya adalah parti perjuangan, namun apabila sudah ditubuhkan dan mentadbir negeri serta Persekutua­n selepas PRU-14, ia dilihat lari daripada perjuangan. Menjadi parti pemerintah berbeza daripada parti pembangkan­g.

“PKR dulu menjadikan suara rakyat suara keramat, namun apabila lama-kelamaan menjadi parti pemerintah, mereka terperangk­ap dengan keinginan parti sendiri dalam amalan parti menguasai kerajaan.

“Sikap kompromi dalam banyak hal dan kerjasama dengan kerajaan memperliha­tkan PKR sebagai parti yang terlalu bertolak ansur. Disebabkan itu, Rafizi membawa suara perubahan dan pendekatan yang berbeza bagi PKR,” katanya.

Mohd Izani berkata, kepemimpin­an baharu PKR akan menyaksika­n bagaimana mereka memposisik­an semula parti pasca pemilihan, selain strategi sebagai sebuah parti politik yang boleh meneruskan konsep semak dan imbang kepada kerajaan serta mereformas­i institusi demokrasi.

Azmi Hassan

Mohd Izani Mohd Zain

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia