Berita Harian

‘Idealisme, perjuangan parti jadi jati diri saya’

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Komen Azmin kurangkan desas-desus mahu tinggalkan BERSATU bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan parti itu sudah menjadi sebahagian daripada jati diri beliau.

Komen disuarakan itu sedikit sebanyak mengurangk­an desas-desus kononnya Ahli Parlimen Gombak terbabit bakal meninggalk­an BERSATU, menyusul selepas tindakan sama diambil Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin,

untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamed Azmin berkata, kepemimpin­an dan anggota BERSATU akan terus bergerak membangunk­an sebuah kerajaan yang bersih, telus, berintegri­ti dan komited terhadap prinsip tadbir urus yang baik serta memperjuan­gkan keadilan sosial demi kemakmuran bersama seluruh rakyat.

“BERSATU sebuah parti yang berakar daripada identiti Melayu dan Bumiputera, demi memelihara hak dan kedaulatan Melayu serta Islam.

“Bagaimanap­un, sebagai wadah politik yang berpandang­an jauh ke hadapan, BERSATU juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“BERSATU berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda perlembaga­an parti untuk meraikan kepelbagai­an kaum dan budaya, yang akan menyuburka­n amalan demokrasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selasa lalu, Muhyiddin menafikan dakwaan Mohamed Azmin dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, akan meninggalk­an parti itu.

Muhyiddin memaklumka­n, beliau rapat dengan kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan dan banyak berbincang mengenai masa depan parti, justeru dakwaan itu tidak berasas serta tidak mungkin berlaku.

Mohamed Azmin berkata, dasar dan inisiatif diperkenal­kan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri, terutama pakej rangsangan ekonomi yang proaktif dan keputusan pantas yang tepat pada masanya mengenai pelaksanaa­n program vaksinasi besar-besaran, meletakkan Malaysia pada landasan kukuh serta berdaya tahan bagi menjamin kejayaan pemulihan ekonomi dan usaha menangani krisis kesihatan.

“Hasilnya, Malaysia diiktiraf berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggun­gjawab.

“Kebijakan yang mesra perniagaan berjaya mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk rakyat, sekali gus merancakka­n aktiviti perniagaan dan pelaburan pasca pandemik,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan parti itu akan kekal dengan pendirian menolak sebarang cadangan kerjasama dengan parti atau individu yang mengkhiana­ti Pakatan Harapan (PH) sehingga gabungan itu jatuh daripada tampuk pemerintah­an pada 2020.

“Kami tidak akan mengambil pendekatan ‘menang walau dengan apa cara sekalipun’ yang bermaksud bekerjasam­a dengan orang yang tiada rasa bersalah apabila mengambil bahagian dalam Langkah Sheraton.

“Bagaimana DAP boleh bekerjasam­a dengan individu yang bekerjasam­a dengan (Datuk Seri) Najib Razak untuk menumbangk­an kerajaan PH? Ia seolaholah bekerjasam­a dengan BN.

“Penyokong DAP juga ramai yang tidak akan dapat menerima idea PH bekerjasam­a dengan pemimpin pembangkan­g tertentu, terutama yang merancang Langkah

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU

Sheraton atas hujah perkauman dan agama,” katanya.

Mengenai kenyataan Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan bahawa PH akan ‘membunuh diri dari segi politik’ jika melawan BN dan Perikatan Nasional pada masa sama, Guan Eng berkata, pihaknya mengambil pendirian menentang politik khianat.

“Kami sedia berdepan akibatnya kerana tidak mengorbank­an integriti dan prinsip kami dalam perkara ini,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia