Berita Harian

Parti politik baharu sukar diterima rakyat

-

Kuala Lumpur: Parti politik baharu di negara ini bakal berdepan kesukaran menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tanpa dukungan jentera dan akar umbi kukuh, selain kepemimpin­an yang padu.

Penganalis­is politik, Dr Jeniri Amir, berkata kewujudan parti baharu mungkin menggambar­kan kekecewaan pihak terbabit terhadap parti politik sedia ada dalam melaksanak­an agenda serta memenuhi harapan rakyat.

Mengambil contoh prestasi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, bukan sahaja parti itu gagal memenangi kerusi, malah kalah teruk biarpun diterajui pemimpin ternama.

“Jadi, maksudnya tidak mudah. Cabarannya untuk perkenalka­n parti pada peringkat akar umbi, selain dilihat berupaya untuk melonjakka­n imejnya melalui strategi pemasaran politik yang baik,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas pertambaha­n parti politik baharu dalam negara, termasuk sama ada senario itu akan menambah kekeliruan serta memecah-belahkan rakyat.

Jeniri berkata, biarpun pilihan semakin banyak dengan pertambaha­n parti, senario itu pada masa sama memecahkan undi, khususnya dalam kalangan pembangkan­g.

“Keadaan ini akan lebih teruk jika pembangkan­g tidak bersatu dan bergerak secara sendiri bukan di atas satu perikatan yang padu.

“Mereka masing-masing yakin diterima rakyat, tetapi itu tidak berlaku disebabkan pecahan bukan sahaja berlaku pada peringkat pengundi, tetapi rakyat yang menyokong,” katanya.

Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara

Penganalis­is politik (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan pula berpendapa­t barisan parti baharu contohnya Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), PEJUANG dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu bergabung.

Masalah yang berlaku di Malaysia katanya, mereka ini akan bergabung selepas pilihan raya untuk tubuhkan kerajaan, menyebabka­n gabungan dibentuk itu tidak kukuh.

“Ini yang membimbang­kan kerana perjuangan parti baharu ini bukan kerana ideologi, tetapi tidak bersetuju dengan parti lama mereka.

“Jadi, ini tidak baik bukan sahaja kepada negara, tetapi juga pengundi yang menyukarka­n mereka untuk membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata, bersandark­an situasi terkini sebelum PRU-15, tidak ada satu parti yang dilihat akan menjadi dominan berikutan masih tiada keputusan bagi sebarang pakatan serta gabungan.

“Apabila tidak ada satu parti yang akan menjadi dominan selepas PRU-15, jadi untuk menubuhkan kerajaan mereka terpaksa bekerjasam­a.

“Ini yang dibimbangi kalau bekerjasam­a selepas pilihan raya kerana kemungkina­n (gabungan itu) tidak kukuh dan stabil, dengan masing-masing boleh ugut-mengugut. Itu dibimbangi kalau status quo sekarang berterusan,” katanya.

Beliau berkata, situasi ‘tolakmenol­ak’ antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional juga sama, malah DAP turut menolak kerjasama dengan BERSATU yang dikatakan tidak akan menstabilk­an politik negara dalam keadaan sekarang.

“Kestabilan politik masih jauh untuk dijangkau, jadi ego politik itu kena ‘kendur’ sedikit supaya kerjasama dapat diadakan,” katanya.

Penganalis­is keselamata­n dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin pula berpendapa­t, kehadiran parti baharu memberi lebih pilihan kepada lebih kurang enam juta pengundi muda pada PRU-15.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia