Berita Harian

4 ditahan subahat kes tuntutan palsu

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah, kerana disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu bagi projek pembanguna­n di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga individu ditahan adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek syarikat kontraktor dan juruperund­ing.

Mereka berusia antara 28 hingga 48 tahun, ditahan di pejabat SPRM Terengganu, manakala seorang lagi di ibu negara sekitar jam 12 tengah hari kelmarin.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddi­n Hashim, mengesahka­n penahanan terbabit.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarka­n permohonan SPRM menahan reman suspek hingga Rabu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia