Berita Harian

Maut bas persiaran rempuh treler

-

Hulu Selangor: Seorang penumpang bas persiaran maut apabila kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 425.8 Lebuh Raya Utara-selatan (PLUS) menghala ke selatan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 4.30 pagi itu, Hamaizah Fadzilah, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.32 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitka­n sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang menghala ke selatan yang dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler 20 tan dari arah sama.

“Terdapat seorang penumpang wanita duduk di kerusi paling hadapan, tersepit di bahagian yang remuk,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Norazam berkata, pasukan kemudian segera melakukan operasi untuk mengeluark­an mangsa, manakala pemandu bas serta penumpang lain yang tidak cedera keluar dari kenderaan itu dan berkumpul di tempat selamat.

“Kedua-dua pemandu (bas dan lori) masing-masing berusia 54 dan 70 tahun bersama penumpang bas yang lain tidak tersepit serta dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Pada jam 5.13 pagi, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarka­n dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ?? (Foto ihsan Bomba) ?? Anggota bomba mengeluark­an penumpang bas persiaran yang maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 425.8 Lebuhraya Utara-selatan menghala ke selatan.
(Foto ihsan Bomba) Anggota bomba mengeluark­an penumpang bas persiaran yang maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 425.8 Lebuhraya Utara-selatan menghala ke selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia