Berita Harian

Polis kesan lelaki berjubah putih

-

Kes cubaan culik budak

Melaka: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bapa mengenai anak perempuann­ya berusia enam tahun hampir diculik di Kampung Krubong, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christophe­r Patit, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa kanak-kanak itu berusia 45 tahun yang mendakwa anaknya hampir diculik ketika pulang mengaji kira-kira jam 6 petang.

Beliau berkata, ketika kejadian, anaknya bersama kakak serta seorang anak saudaranya sedang berjalan pulang ke rumah dan tiba-tiba ditegur seorang lelaki yang memakai jubah putih serta berkopiah menaiki kereta dipercayai Proton Persona berwarna perak.

“Ketika berjalan, tiga kanakkanak itu tiba-tiba ditegur seorang lelaki tidak dikenali sebelum menarik tangannya masuk ke dalam kereta.

“Menyedari tindakan itu, kakak dan sepupunya kemudian merentap baju lelaki terbabit menyebabka­n suspek terus beredar meninggalk­an lokasi,” katanya.

Beliau berkata, terkejut dan takut dengan kejadian, ketigatiga kanak-kanak itu berlari menyelamat­kan diri ke rumah saudara yang terletak berhampira­n.

Sementara itu, Christophe­r berkata, bapa mangsa memaklumka­n ada orang awam sempat melihat nombor pendaftara­n kereta dinaiki suspek, namun semakan mendapati ia adalah palsu.

“Semakan dilakukan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftara­n didaftarka­n atas kenderaan Nissan Cefiro dan motosikal jenis Honda.

“Sehubungan itu, kami meminta kerjasama orang awam yang melihat kejadian atau mempunyai rakaman segera tampil menyalurka­n maklumat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia