Berita Harian

Kapal bawa 170,000 liter diesel ditahan

-

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki yang disyaki membawa 170,000 liter diesel tanpa kebenaran bernilai kira-kira RM900,000 di kawasan perairan Teluk Sepanggar di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata kapal itu ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan dalam operasi khas pada kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar, kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata, kapal tangki berkenaan ditahan selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigak­an.

“Kapal tangki itu dikendalik­an empat kru, termasuk nakhoda warga tempatan berusia antara 24 hingga 72 tahun dan pemeriksaa­n menemui 170,000 liter diesel yang tidak diisytihar­kan dan tiada dokumentas­i sah.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas sistem navigasi dan rekod pergerakan kapal pula didapati ia sengaja dimatikan hingga menimbulka­n

Kapal tangki yang membawa muatan diesel tanpa kebenaran ditahan Maritim Malaysia di perairan Kota Kinabalu, semalam.

kecurigaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Rosli berkata, kapal itu juga melakukan kesalahan lain antaranya, dokumen pertukaran butiran syarikat yang tidak dimaklumka­n kepada pendaftar kapal serta ia tidak berdaftar di negara ini.

“Pengoperas­iannya tanpa kru lengkap seperti dalam Daftar Keselamata­n Kapal dan nakhoda, ketua jurutera serta kru tidak memenuhi syarat kompetensi sepatutnya, selain peralatan keselamata­n tidak mencukupi,” katanya.

Mohd Rosli berkata, kapal dan kru ditahan dan diiringi ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Bekalan 1961.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah

 ?? (Foto ihsan APMM) ??
(Foto ihsan APMM)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia