Berita Harian

16,200 puisi Hari Guru catat rekod

-

Kepala Batas: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berjaya mengumpulk­an 16,200 puisi berkaitan Hari Guru, untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penghasila­n puisi terbanyak berkaitan Hari Guru.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata semua puisi itu dihasilkan oleh pelajar sekolah di seluruh negeri ini sejak 19 Mei lalu hingga kelmarin.

“Pada mulanya, sasaran kami ialah mengumpulk­an 6,000 puisi sahaja dalam tempoh sebulan untuk direkodkan dalam MBOR, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang yang diraikan, hari ini (kelmarin).

“Ini adalah inisiatif pihak jabatan untuk direkodkan dalam MBOR. Alhamdulil­lah, sambutan diterima sangat menggalakk­an, iaitu sebanyak 16,200 puisi berkaitan Hari Guru berjaya dikumpulka­n hingga kini.

“Jumlah itu berjaya melayakkan untuk direkodkan dalam MBOR sebagai puisi terbanyak berkaitan Hari Guru. Ini adalah kali kedua JPN Pulau Pinang mencatat rekod dalam MBOR, termasuk bilangan kek terbanyak sempena Hari Guru pada tahun lalu,” katanya.

Abdul Rashid ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022, di sini, malam kelmarin.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Pada majlis itu, Reezal Merican turut mengumumka­n pemberian hadiah tambahan berupa tiket penerbanga­n untuk menunaikan umrah, kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022.

Reezal Merican berkata, hadiah itu adalah tanda penghormat­an beliau dalam menghargai jasa dan pengorbana­n semua guru yang selama ini mencurahka­n ilmu serta pendidikan kepada pelajar.

Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancanga­n Dan Pengurusan) Pulau Pinang, Ismail Mohd Said, 62, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Guru peringkat Pulau Pinang.

Bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementeria­n Pendidikan, Datuk Mohd Jam Mohamed, 61, menerima anugerah Tokoh Kepimpinan peringkat Pulau Pinang.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Reezal Merican (dua dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n Gred Purata Sekolah Terbaik 2021 kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Zahara Abdullah sambil diperhati Abdul Rashid (dua dari kanan) pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022, di Kepala Batas.
(Foto BERNAMA) Reezal Merican (dua dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n Gred Purata Sekolah Terbaik 2021 kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Zahara Abdullah sambil diperhati Abdul Rashid (dua dari kanan) pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022, di Kepala Batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia