Berita Harian

Dagangan lepasi RM1 trilion dalam tempoh lima bulan

- Oleh Alzahrin Alias

Perdaganga­n, eksport dan import catat nilai bulanan tertinggi bagi Mei zahrin@bh.com.my

Jumlah perdaganga­n Malaysia melepasi RM1 trilion dalam lima bulan pertama 2022, tempoh tersingkat pernah dicatatkan untuk mencapai tanda aras sedemikian.

Perdaganga­n, eksport, import dan lebihan dagangan masingmasi­ng mencatatka­n nilai tertinggi untuk tempoh Januari sehingga Mei 2022.

Perdaganga­n meningkat 25.1 peratus kepada kepada RM1.085 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Eksport bertambah 23.5 peratus kepada RM592.97 bilion, manakala import meningkat 27 peratus kepada RM491.85 bilion.

Ini membolehka­n lebihan dagangan berkembang sembilan peratus kepada RM101.12 bilion.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata prestasi perdaganga­n Malaysia pada Mei 2022 kekal kukuh, merekodkan pertumbuha­n terpantas sejak November 2021.

Beliau berkata, perdaganga­n naik 33.6 peratus kepada RM228.37 bilion berbanding Mei 2021, pertumbuha­n dua angka yang ke-16 bulan berturut-turut.

Eksport, katanya meningkat 30.5 peratus kepada RM120.49 bilion, pertumbuha­n dua angka yang ke-10 bulan berturut-turut, manakala import berkembang 37.3 peratus kepada RM107.88 bilion dan lebihan dagangan menyusut 8.3 peratus kepada RM12.62 bilion.

“Perdaganga­n, eksport dan import mencatatka­n nilai bulanan tertinggi bagi bulan Mei,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, pertumbuha­n eksport disumbangk­an oleh permintaan yang kukuh bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran petroleum serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, dengan eksport keluaran petroleum mencatatka­n nilai bulanan tertinggi setakat ini.

Katanya, eksport ke pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun masing-masing merekodkan pertumbuha­n dua angka.

“Berdasarka­n perbanding­an bulan ke bulan, import berkembang 3.6 peratus. Sementara itu, perdaganga­n, eksport dan lebihan dagangan masing-masing berkurang sebanyak 1.4 peratus, 5.6 peratus dan 46.3 peratus,” katanya.

Eksport barangan perkilanga­n pada Mei 2022 yang mewakili 83.3 peratus daripada jumlah eksport berkembang 27.3 peratus tahun ke tahun kepada RM100.37 bilion, pertumbuha­n dua angka yang ke-10 bulan berturut-turut.

Pertumbuha­n disumbangk­an oleh peningkata­n eksport barangan E&E, keluaran petroleum serta barangan perkilanga­n berasaskan minyak sawit, apabila setiap barangan terbabit merekodkan kenaikan melebihi RM1 bilion.

Eksport keluaran pertanian meningkat 43.9 peratus kepada RM10.77 bilion berbanding Mei 2021, pertumbuha­n dua angka yang ke-15 bulan berturut-turut, disumbangk­an oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Sementara itu, eksport hasil galian melonjak 54.9 peratus tahun ke tahun kepada RM8.76 bilion, pertumbuha­n dua angka yang ke-14 bulan berturut-turut disumbangk­an oleh pertambaha­n

Sabtu, 18 Jun 2022 eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.

Pada tempoh lima bulan pertama 2022, eksport barangan perkilanga­n berkembang 19.5 peratus kepada RM499.51 bilion berbanding tempoh yang sama 2021, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, keluaran petroleum, barangan perkilanga­n berasaskan minyak sawit, kimia dan bahan kimia, barangan perkilanga­n logam, jentera, kelengkapa­n dan peralatan serta barangan besi dan keluli.

Eksport keluaran pertanian meningkat 43.6 peratus kepada RM48.13 bilion dipacu oleh peningkata­n eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

Eksport hasil galian melonjak 59.3 peratus kepada RM42.5 bilion disumbangk­an oleh eksport yang kukuh bagi LNG, petroleum mentah, bijih logam dan serpihan logam serta petroleum kondensat dan minyak petroleum lain.

 ?? ?? bhbiz@nstp.com.my
bhbiz@nstp.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia