Berita Harian

Malaysia terima FDI RM48.1B tahun lalu

-

Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM48.1 bilion pada 2021 berbanding RM13.3 bilion pada tahun sebelumnya, manakala pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) mencatatka­n RM19.7 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2020.

Sehingga akhir 2021, FDI terkumpul di Malaysia mencatatka­n nilai yang lebih tinggi sebanyak RM788.8 bilion.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata aktiviti ekonomi mulai pulih secara perlahanla­han selepas terkesan daripada pandemik COVID-19.

Beliau berkata, berdasarka­n Laporan Pelaburan Dunia oleh Persidanga­n Perdaganga­n dan Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD), aliran FDI ke negara-negara membangun di Asia meningkat sebanyak 19 peratus iaitu AS$619 bilion pada 2021.

“Oleh yang demikian, pelaburan asing ke Malaysia pada 2021 meningkat untuk mencatatka­n RM48.1 bilion, tertinggi sejak 2016,” katanya dalam satu kenyataan diterbitka­n Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), semalam.

Mengulas prestasi FDI mengikut sektor, Mohd Uzir berkata sektor pembuatan mengembang sebanyak RM22.5 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM29.5 bilion yang menyumbang kepada aliran masuk terbesar dalam FDI.

Beliau menambah, sektor pembuatan menarik 61.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n pelaburan, terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkut­an dan lain-lain pembuatan.

“Sementara itu, perkhidmat­an adalah penyumbang kedua tertinggi terutama dalam aktiviti kewangan, diikuti oleh sektor perlombong­an yang menerimany­a dalam bentuk ekuti dan dana pelaburan saham,” katanya.

Beliau berkata, rantau Asia kekal menjadi sumber utama FDI di Malaysia bagi 2021 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM22.5 bilion, kebanyakan­nya diterima dari Singapura, Jepun dan Korea Selatan yang berjumlah RM17 bilion.

“Rantau Asia juga menjadi sumber utama kedudukan FDI dengan nilai sebanyak RM413.1 bilion, diikuti oleh Eropah pada RM207.7 bilion dan Amerika pada RM153 bilion pada akhir 2021,” katanya.

Pada akhir 2021, kedudukan FDI telah meningkat sebanyak RM103.9 bilion untuk mencatatka­n nilai RM788.8 bilion.

Sektor perkhidmat­an adalah penerima terbesar pada 49.2 peratus atau RM388.4 bilion, dipacu oleh aktiviti kewangan dan borong runcit.

Ini diikuti oleh sektor pembuatan yang merangkumi sebanyak 42.2 peratus daripada keseluruha­n FDI, terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkut­an dan lainlain pembuatan.

Mohd Uzir berkata, seperti mana prestasi FDI, aliran DIA meningkat sebanyak RM9.5 bilion untuk merekodkan RM19.7 bilion disebabkan oleh pelaburan yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Katanya, sektor pembuatan memintas perkhidmat­an sebagai sektor utama bagi DIA, menyumbang 40.5 peratus daripada keseluruha­n pelaburan terutama dalam subsektor elektrik, peralatan pengangkut­an dan lain-lain pembuatan.

“Sementara itu, sektor perkhidmat­an menyumbang 30.3 peratus teutama dalam aktiviti kewangan.

“Eropah kekal sebagai rantau utama bagi aliran DIA pada 2021 dengan sumbagan sebanyak 54.9 peratus terutama ke Belanda dan United Kingdom.

“Secara keseluruha­nnya, pelaburan ini kebanyakan­nya disalurkan ke Belanda, Kanada dan Indonesia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia