Berita Harian

MATRADE sasar RM1.9B pada MIHAS

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasar untuk mencatatka­n jualan RM1.9 bilion pada Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) dari 7 hingga 10 September 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, berkata penganjura­n sulung MIHAS 2021 menghasilk­an jualan memberangs­angkan RM2.13 bilion daripada pameran dan komponen pertemuan perniagaan yang diadakan selama tiga bulan.

“Kami tidak mahu bercita-cita tinggi namun amat yakin akan dapat mencapai sasaran berkenaan.

“Tahun ini, semua pempamer diberikan peluang untuk mempamerka­n produk dan perkhidmat­an mereka selama tiga hari berbanding tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas acara MIHAS 2022 Reconnect di Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia