Berita Harian

Sime Darby bawa masuk kereta elektrik baharu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Hyundai Ioniq 5

BMW ix

Barisan model menarik pacu prestasi jualan EV di Asia Tenggara mahanum_aziz@bh.com.my

Sime Darby Bhd bakal membawa masuk lebih banyak model kenderaan elektrik (EV) ke dalam pasaran tempatan merentasi segmen massa dan premium.

Penganalis­is RHB Research, Jim Lim Khai Xhiang, berkata cita-cita EV konglomera­t itu bermula apabila ia menjalinka­n perkongsia­n selepas jualan dengan pengeluar peralatan asli (OEM) EV baharu seperti NIO, Weltmeiste­r dan Li Auto di China.

“Menerusi rangkaian jualan besar di Asia Tenggara (SEA) dan China, Sime Darby berusaha membawa masuk OEM EV baharu ke pasaran SEA dari China. Sebagai contoh, ia telah mempunyai jejak EV di Singapura sebagai pengedar rasmi BYD.

“Dengan penggunaan EV masih rendah di SEA, barisan model menarik yang akan dikeluarka­n nanti boleh mendorong jualan EV di rantau itu,” katanya.

Beliau baru-baru ini membuat lawatan ke Autocity Sime Darby dan berpeluang memandu uji EV daripada jenama BMW, Hyundai, MINI, Porsche dan Volvo.

Khai Xhiang berkata, antara enam EV yang dipandu uji, BMW ix dan Hyundai IONIQ 5 mendapat permintaan terbesar dengan masing-masing kira-kira 1,000 dan 600 pesanan diperoleh walaupun masa menunggu lama.

Justeru, beliau percaya tarikan utama EV termasuk kos selenggara lebih rendah dengan rata-rata kenderaan sedemikian hanya memerlukan penggantia­n bateri lapan tahun selepas pembelian dan penjimatan kos tenaga, yang mana caj penuh bagi BMW ix hanya memakan kos kira-kira RM80 berbanding kira-kira RM170 untuk setangki penuh RON95 pada BMW ICE X5.

“Meskipun permintaan kukuh, bekalan tidak dapat memenuhi permintaan. Porsche, BMW, MINI dan Volvo mengalami kekurangan cip dan komponen yang mengehadka­n pengeluara­n mereka.

“Kami mendapat tahu bahawa kilang BMW dan Porsche di Jerman beroperasi pada kadar penggunaan rendah oleh sebab itu. Dalam pada itu, akibat kapasiti terhad di kilang di Korea, Hyundai tidak dapat memenuhi permintaan kukuh dunia untuk IONIQ 5,” katanya.

Mengenai jualan kereta di China, Khai Xhiang berkata, jualan kereta penumpang di negara itu adalah 1.6 juta pada Mei, melonjak 68 peratus berbanding 956,000 unit pada April.

Beliau berkata, pengeluara­n kereta penumpang di China juga mencatatka­n kenaikan 71 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.7 juta.

Katanya, jualan kereta penumpang di China meningkat 54 peratus pada minggu 6 hingga 12 Jun lalu berbanding tempoh sama pada Mei.

“Meskipun China masih melaksanak­an sekatan COVID-19, kami fikir pelonggara­n sekatan secara separa dan langkah rangsangan tambahan oleh kerajaan pusat/tempatan sepatutnya terus memacu pemulihan jualan kereta pada bulan-bulan yang mendatang,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia