Berita Harian

LBS yakin pasaran hartanah semakin pulih

-

LBS Bina Group Bhd (LBS) melihat peningkata­n menggalakk­an dalam pasaran hartanah selaras dengan pemulihan ekonomi, kata Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Lim Hock San.

Beliau berkata, berdasarka­n perangkaan yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah kumulatif permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada suku pertama 2022 meningkat 4.06 peratus dari tahun ke tahun.

“LBS konsisten berada di landasan dengan rancangan untuk melancarka­n 14 projek yang dianggarka­n bernilai RM1.77 bilion pada 2022 di seluruh Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 LBS secara maya.

Pada AGM itu, LBS mengumumka­n bahawa semua 11 resolusi biasa yang dibentangk­an semasa AGM untuk pertimbang­an sudah diluluskan oleh pemegang sahamnya, termasuk dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.00 sen sesaham (dividen akhir) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Sebagai tambahan kepada dividen interim pertama LBS sebanyak 0.85 sen sesaham (dividen

KITA @ Cybersouth di Dengkil antara projek LBS yang mendapat sambutan menggalakk­an.

pertama) yang diumumkan pada 15 April 2022, jumlah dividen LBS untuk tahun kewangan berakhir 2021 adalah berjumlah 1.85 sen sesaham.

Dividen interim pertama dan dividen akhir akan dibayar masing-masing pada 14 Julai 2022 dan 15 September 2022 kepada pemegang saham yang namanya tersenarai di dalam Rekod Pendeposit LBS pada 30 Jun 2022 dan 30 Ogos 2022.

Hock San berkata, 2021 adalah tahun yang membuahkan hasil dan pihaknya berharap dengan tumpuan berterusan terhadap perniagaan serta pembayaran dividen yang konsisten selaras dengan dasar dividen syarikat, pemegang saham LBS akan terus menaruh kepercayaa­n terhadap syarikat.

Beliau berkata, LBS akan mengharung­i cabaran 2022 dengan berhati-hati melangkah di tengah-tengah pemulihan ekonomi dan berharap untuk terus mengemudi LBS ke hadapan di samping meningkatk­an nilai pihak berkepenti­ngan.

Sehingga 15 Jun 2022, LBS telah merekodkan jualan hartanah sebanyak RM816 juta dengan tempahan dalam perancanga­n sejumlah RM 683 juta.

Dengan mengutamak­an pembeli rumah, LBS membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih

Pengerusi Eksekutif LBS kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandara­n seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil, LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam dan lain-lain lagi.

Selain daripada pembanguna­n hartanah, LBS turut terbabit di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelanconga­n.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia