Berita Harian

Harga RON95, diesel lebih RM4 seliter tanpa subsidi

- Oleh Alzahrin Alias

MIDF Research jangka kerajaan raih hasil berkaitan petroleum lebih tinggi tahun ini zahrin@bh.com.my

Rakyat dijangka perlu membayar harga bahan api lebih tinggi, dengan petrol RON95 dan diesel kedua-duanya melebihi RM4 seliter seandainya kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pemberian subsidi secara pukal dan menggantik­annya dengan subsidi lebih bersasar.

Penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research), Zafri Zulkeffeli, berkata ia adalah anggaran harga sebenar yang perlu dibayar berdasarka­n harga minyak mentah Brent yang ketika ini melebihi AS$100 satu tong.

Sebagai contoh, beliau berkata, harga purata RON95 adalah kira-kira RM4.77 seliter berdasarka­n harga minyak mentah Brent AS$122.80 satu tong pada bulan lalu.

“Ramalan kami untuk harga minyak mentah Brent ialah AS$112.49 satu tong untuk 2022 dan AS$120.30 satu tong pada 2023.

“Di bawah mekanisme pasaran terapung, RON95 dan diesel masing-masing akan berada pada harga RM4.37 dan RM4.67 setiap liter.

“Unjuran ini akan digunakan bagi mengukur kemungkina­n senario penghapusa­n subsidi bahan api di Malaysia,” katanya dalam satu laporan penyelidik­an.

Kerajaan sebelum ini menyatakan sudah memulakan proses untuk menggantik­an subsidi pukal petrol dan minyak masak dengan pendekatan lebih bersasar.

Langkah itu diambil berikutan perbelanja­an kerajaan meningkat kerana perlu menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi.

Namun, masih belum ada keputusan muktamad mengenai pelaksanaa­n subsidi bersasar ketika ini.

Berdasarka­n penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunaka­n formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit RON95 bagi tempoh 16 Jun 2022 hingga 22 Jun 2022 masih kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Bagaimanap­un, harga RON97 yang diapungkan naik sebanyak 11 sen daripada daripada RM4.72 minggu lalu kepada RM4.83 seliter.

Zafri berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan dan bahan api memberi kesan yang ketara kepada rakyat dan ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, MIDF Research melihat trajektori pertumbuha­n harga makanan dan bahan api akan menjadi penentu utama tekanan inflasi keseluruha­n negara, terutama ketika persekitar­an semasa global menghadapi meningkat harga komoditi dan gangguan rantaian bekalan.

Katanya, komponen harga makanan menguasai hampir satu pertiga daripada IHP, manakala bahan api membentuk lebih daripada separuh inflasi pengangkut­an.

“Untuk komponen IHP lain, kami meramalkan kurang berlaku perubahan harga tidak menentu untuk 2023 kerana menganggap pergerakan harga akan mengikuti trend yang sama ketika tempoh prapandemi­k,” katanya.

Seorang lagi penganalis­is MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim pula berkata, terdapat tiga senario yang perlu dipertimba­ngkan mengenai subsidi bahan api kerana tekanan inflasi semasa daripada harga komoditi kini adalah tinggi dan ada perbincang­an berterusan berkaitan subsidi bahan api.

“Kami meramalkan tiga ke

Penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank Bhd mungkinan senario yang mungkin berlaku sepanjang tempoh 18 bulan akan datang. Bagi senario pertama, subsidi bahan api dikekalkan, tetapi berlaku kenaikan inflasi makanan.

“Senario kedua adalah penghapusa­n secara berperingk­at subsidi bahan api bermula pada 1 Julai 2022 dan senario ketiga penghapusa­n segera subsidi bahan api bermula pada 1 Julai 2022,” katanya.

Secara keseluruha­n, MIDF Research menjangkak­an kerajaan meraih hasil berkaitan petroleum lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak RM73.7 bilion pada 2022 di tengah-tengah aliran meningkat harga tenaga global ketika ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia