Berita Harian

AS kecam pegawai parti pemerintah India

-

Hina Nabi

New Delhi digesa hormati hak asasi manusia, kebebasan beragama

Washington: Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan pegawai parti pemerintah India yang menghina Naib Muhammad SAW sehingga membangkit­kan kemarahan negara Islam.

“Kami mengutuk kenyataan dibuat oleh pegawai Bharatiya Janata Party (BJP) dan kami lega parti terbabit mengutuk kenyataan dibuat pegawainya secara terbuka.

“Kami sentiasa berurusan dengan kerajaan India pada peringkat tertinggi berhubung hak asasi manusia termasuk kebebasan beragama atau kepercayaa­n dan kami menggalakk­an India supaya menghormat­i hak asasi manusia,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

Nupur Sharma, jurucakap parti pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi pada 26 Mei lalu, membuat kenyataan yang disiarkan secara langsung berhubung isteri Nabi Muhammad SAW sehingga mengundang kemarahan

Umat Islam berarak ke Kedutaan India di Dhaka bagi menyatakan bantahan terhadap pegawai parti pemerintah India yang menghina Nabi Muhammad SAW.

umat Islam di seluruh dunia.

Kenyataan itu juga mengakibat­kan berlakunya protes diplomatik di Pakistan serta beberapa negara Arab yang sebelum ini mempunyai hubungan baik dengan India.

Di Bangladesh, penunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang menjadi sekutu rapat India, mengutuk tindakan terbabit.

Susulan tindakan itu, BJP menggantun­g keahlian Sharma dan seorang lagi pemimpin parti berkenaan, Naveen Kumar Jindal yang membuat ciapan menghina Naib Muhammad SAW. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia