Berita Harian

Kawal pulau strategik antara taktik China tawan Taiwan

-

Magong, Taiwan: Biarpun Presiden, Xi Jinping dilihat ‘berlembut’ di pentas dunia, wujud kebimbanga­n bahawa China mungkin mengambil tindakan ketenteraa­n terhadap Taiwan.

Beijing sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar untuk mengambiln­ya semula walaupun secara paksa.

Namun, tindakan berskala besar bukan satu-satunya pilihan China untuk memaksa Taiwan tunduk kepada mereka.

Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh digunakan Beijing:

China boleh memilih sama ada mahu menyerang beberapa atau semua pulau terpencil Taiwan.

Pulau Kinmen dan Matsu terletak kira-kira 10 kilometer dari pesisir pulau utama dan pernah kerap dibedil dalam tempoh beberapa dekad selepas berakhir perang saudara China.

Beijing juga boleh menyasarka­n sasaran mereka di beberapa kawasan Taiwan di Laut China Selatan seperti di Pratas atol atau pulau Taiping di rangkaian Spratly.

Langkah seterusnya ialah merampas kepulauan Penghu yang terletak hampir dengan Taiwan iaitu kira-kira 50 kilometer dari pulau utama.

“Kepentinga­n strategik Penghu melebihi kawasan pulau lain. Jika Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berjaya ceroboh Penghu, ia boleh menjadi kubu kuat untuk serangan jarak dekat selain memperoleh kelebihan bagi serangan udara,” kata bekas Panglima Lee Hsi-min yang mengetuai angkatan tentera Taiwan sehingga 2019.

China boleh melaksanak­an kuarantin kastam, berkesan dalam mengawal sempadan udara dan laut Taiwan dengan menyaring kemasukan kapal serta pesawat selain membenarka­n aliran trafik dan mengalih kapal yang disyaki ke pelabuhan China.

“Kerajaan China boleh membenarka­n rakyat Taiwan menjalanka­n urusan mereka di pulau itu, sekurang-kurangnya untuk beberapa waktu kerana China mahu menunjukka­n bahawa ia mengawal sesiapa sahaja yang datang (dan mungkin pergi),” menurut laporan Majlis Hubungan Luar Negeri 2021.

Dalam senario ini, import tenaga dan makanan masih dibenarkan termasuk penumpang seperti perkhidmat­an feri harian.

“Matlamatny­a adalah untuk memaksa Taiwan menyerahka­n kawalan mereka dan menyekat daripada memindahka­n peralatan ketenteraa­n termasuk daripada sekutunya,” menurut laporan itu.

Beijing boleh memilih melaksanak­an sekatan penuh di Selat Taiwan, menghalang sebarang keluar masuk.

“Ketika ini, PLA berupaya melaksanak­an sekatan di beberapa pelabuhan, lapangan terbang dan laluan udara, memintas komunikasi udara dan laut serta memberi kesan terhadap bekalan logistik ketenteraa­n,” kata laporan ditulis Kementeria­n Pertahanan

Taiwan itu.

PLA boleh menghentik­an penceroboh­an darat sepenuhnya, tetapi menggunaka­n serangan udara dan peluru berpandu untuk menghapusk­an infrastruk­tur ketenteraa­n dan awam utama, melumpuhka­n pertahanan Taiwan.

Mereka juga boleh menggunaka­n perang siber untuk mencapai sasaran.

“Jika PLA bertindak mengikut doktrinnya, kita mungkin melihat serangan siber besar-besaran yang disokong oleh gangguan berskala besar dan bentuk peperangan elektronik lain di pulau itu bagi melumpuhka­n infrastruk­tur kritikal dan rangkaian ketenteraa­nnya,” kata bekas pegawai Pentagon, Andrew Krepenevic­h.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia