Berita Harian

Omicron kurang berisiko sebabkan Long COVID

-

Kajian di UK dapati pesakit dengan dua dos vaksin lebih rendah terkena gejala

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan UK, seramai 438,000 pesakit di negara itu mempunyai simptom Long COVID selepas jangkitan Omicron pada Mei,

Kajian King’s College London, United Kingdom (UK) mendapati Omicron kurang berisiko menyebabka­n Long COVID berbanding varian sebelumnya.

Penyelidik menggunaka­n data daripada aplikasi kajian ZOE COVID Symptom, mendapati kemungkina­n mendapat Long COVID selepas jangkitan adalah 20 hing-ga 50 peratus lebih rendah ketika gelombang Omicron di UK berbanding Delta.

Angka itu berbeza bergantung umur pesakit dan masa vaksinasi terakhir.

Long COVID merangkumi simptom berpanjang­an daripada keletihan hingga ‘kabut otak’, boleh melemahkan dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan.

Ia semakin diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam dan penyelidik berlumba-lumba untuk mengetahui sama ada Omicron menimbulka­n risiko Long COVID seperti varian yang dominan sebelum ini.

Kajian semakan rakan sebaya itu dipercayai adalah penyelidik­an akademik pertama yang

Gelombang penularan Omicron memuncak pada Disember 2021 hingga Mac 2022 selepas ancaman varian Delta di London.

menunjukka­n Omicron tidak menunjukka­n risiko Long COVID, tetapi itu tidak bermakna bilangan pesakit COVID yang lama menurun, kata pasukan itu.

Walaupun risiko Long COVID lebih rendah ketika Omicron, lebih ramai orang dijangkiti, jadi jumlah mutlak yang terkesan kini lebih tinggi.

“Ini berita baik, tetapi tolong jangan hentikan mana-mana perkhidmat­an Long COVID anda,” kata ketua penyelidik, Dr Claire Steves kepada Reuters, merayu kepada penyedia perkhidmat­an kesihatan.

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan UK, seramai 438,000 pesakit di negara itu mempunyai simptom Long COVID selepas jangkitan Omicron pada Mei, mewakili 24 peratus daripada semua pesakit Long COVID.

Ia juga berkata, risiko gejala berlarutan selepas Omicron adalah lebih rendah berbanding Delta, tetapi hanya untuk orang yang diberi vaksin dua kali. Ia mendapati tiada perbezaan statistik bagi mereka yang diberi vaksin dos penggalak.

Dalam penyelidik­an Kin’s, 4.5 peratus daripada 56,003 pesakit ketika kemuncak Omicron, Disember 2021 hingga Mac 2022, melaporkan Long COVID, berbanding 10.8 peratus daripada 41,361 orang ketika gelombang Delta, pada Jun hingga November 2021.

Kajian itu tidak membanding­kan individu yang divaksinas­i dan tidak divaksinas­i.

Walaupun kajian diterbitka­n dalam jurnal The Lancet pada Khamis yang membanding­kan Delta dan Omicron, Dr Steves berkata, kerja-kerja kajian sebelumnya tidak menunjukka­n perbezaan besar dalam risiko Long COVID antara varian.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sebab Omicron mungkin mempunyai risiko Long COVID yang lebih rendah, menurut pasukan itu.

REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia