Berita Harian

Moscow didakwa alami rugi besar

-

Konflik Russia-ukraine

Putin korbankan satu perempat kekuatan tentera, kekurangan peluru berpandu

London: Russia didakwa ‘tewas secara strategik’ selain mengalami kerugian yang besar dalam peperangan dengan Ukraine.

Ketua Pertahanan United Kingdom (UK), Tony Radakin, berkata keadaan itu secara tidak langsung memperkasa­kan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Ini adalah kesilapan besar Russia. Russia tidak akan berjaya menguasai Ukraine.

“Russia sudah tewas secara strategik. NATO semakin kuat,

Finland dan Sweden berhasrat menyertain­ya,” katanya dalam wawancara bersama agensi berita Press Associatio­n.

Radakin berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin mungkin memperoleh kejayaan taktikal dalam tempoh beberapa minggu akan datang, namun terpaksa mengorbank­an satu perempat daripada kekuatan tentera negaranya bagi memperoleh keuntungan kecil selain mengalami kekurangan anggota tentera dan peluru berpandu berteknolo­gi tinggi.

“Had jentera Russia semakin merosot dan hanya mampu bergerak sejauh dua, tiga atau lima kilometer setiap hari. Russia juga berdepan masalah kerana mereka semakin kekurangan anggota tentera dan peluru berpandu berteknolo­gi tinggi.

“Presiden Putin sudah mengerahka­n kira-kira 25 peratus kekuatan tenteranya hanya bagi mendapatka­n kawasan yang kecil dengan kira-kira 50,000 orang, sama ada terbunuh atau mengalami kecederaan. “Russia akan gagal,” katanya. Radakin turut memberikan penghormat­an kepada rakyat Ukraine yang disifatkan­nya berani dan berikrar akan terus menyokong Kyiv menerusi bantuan pensenjata­an.

“Kami membantu dengan menyediaka­n senjata antikereta kebal, terdapat elemen lain yang kami sediakan dan ia akan berterusan,” katanya.

Kremlin sebelum ini memberi amaran kepada Barat yang membekalka­n senjata baharu kepada Ukraine ketika Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi melawat Kyiv.

“Saya berharap bahawa pemimpin tiga negara ini serta Presiden Romania tidak hanya memberi tumpuan dalam menyokong Ukraine dengan membekalka­n senjata,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. AFP

New York: Seorang remaja kulit hitam yang dihukum mati pada 1931 atas kesalahan membunuh wanita berkulit putih dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Pennsylvan­ia, selepas beberapa dekad diperjuang­kan adiknya.

Alexander Mcclay Williams, berusia 16 tahun ketika menjalani hukuman itu, didapati bersalah oleh juri hanya dalam tempoh empat jam dan kekal menjadi individu termuda dikenakan hukuman mati.

Bagaimanap­un, selepas 91 tahun, hakim membatalka­n pertuduhan terbabit dan mengisytih­arkan bahawa Williams tidak bersalah.

“Saya amat gembira kerana akhirnya keputusan yang diperoleh sepatutnya diterima sejak awal.

“Kami hanya mahu keputusan ini diterbalik­kan kerana kami tahu dia tidak bersalah dan sekarang kami mahu semua orang tahu perkara ini,” kata Susie Williams-carter, satu-satunya adik perempuan Williams.

Pendakwa Raya Daerah Delaware County, Jack Stollsteim­er, berkata kes terhadap Williams dibatalkan pada Isnin lalu, beberapa tahun selepas ia dilitigasi.

“Keputusan ini adalah satu pengiktira­fan bahawa kes terhadap Williams sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Kes itu menjadi pengiktira­fan terbaru terhadap ketidakadi­lan kaum dalam sejarah perundanga­n Amerika Syarikat (AS), yang mensabitka­n kesalahan dan dalam beberapa kes membunuh rakyat Amerika tidak bersalah, kebanyakan­nya berkulit hitam pada abad selepas Perang Saudara 1861-1865.

Pada 3 Oktober 1930, bekas suami kepada Vida Robare, seorang matron berkulit putih di Glen Mills School for Boys, menemui mayat Robare.

Berdasarka­n kes, mangsa dibunuh dengan kejam dalam kediamanny­a di sekolah berkenaan yang juga pusat tahanan bagi pesalah di bawah umur.

Bekas suami mangsa, Fred Robare turut bekerja di sekolah berkenaan.

Williams yang sedang menjalani tahanan di pusat terbabit, dituduh melakukan perbuatan itu.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia