Berita Harian

Microsleep undang pelbagai penyakit berbahaya

Pola tidur secara berkualiti bantu sistem saraf berfungsi normal

-

Tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan sering kali berlaku antara satu hingga 30 saat ketika memandu dipanggil

Namun, ada juga kes yang terjadi apabila seseorang tertidur tanpa sedar ketika melakukan aktiviti lain seperti mengendali­kan mesin peralatan berbahaya.

Statistik di Malaysia menunjukka­n antara punca utama kemalangan jalan raya ialah kerana kecuaian pemandu yang boleh terjadi akibat

Pola tidur tidak menentu, kepenatan yang keterlalua­n mungkin menjadi punca berlaku. Justeru apakah langkah terbaik harus dilakukan seseorang untuk mengelakka­n berlaku

Adakah microsleep berlaku kerana sistem saraf badan tidak berfungsi secara normal?

Keperluan tidur

Mengulas lanjut, Pakar Neurologi KPJ Ampang Puteri, Dr Lim Poh Hin menegaskan tidur penting supaya badan melalui proses baik pulih untuk keesokan harinya sekali gus mengelak kenaikan berat badan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruha­n.

Bagi kanakkanak cukup tidur memberikan tahap kesihatan lebih baik, termasuk tingkah laku, pembelajar­an, ingatan, keupayaan mengawal emosi, kualiti hidup, kesihatan mental dan fizikal.

“Selain umur, faktor lain boleh mempengaru­hi berapa jam tidur yang perlukan sehingga memberi kesan banyak perkara,” katanya.

Jika tidur kerap terganggu, anda tidak mendapat tidur berkualiti. Kualiti tidur anda sama pentingnya dengan kuantiti.

Perubahan dalam tahap hormon dan ketidaksel­esaan fizikal boleh mengakibat­kan kualiti tidur yang lemah.

Penuaan

Orang dewasa lebih tua memerlukan jumlah tidur sama seperti yang lebih muda. Apabila usia meningkat corak tidur mungkin berubah. Orang dewasa lebih tua cenderung tidur kurang nyenyak, ambil masa lebih lama untuk mula tidur dan waktu lebih pendek berbanding yang muda.

Orang tua lebih tua cenderung bangun beberapa kali pada waktu malam.

Justeru, tidur kurang tujuh jam setiap malam secara tetap dikaitkan dengan kesihatan buruk termasuk penambahan berat badan, mempunyai indeks jisim badan 30 atau lebih tinggi, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kemurungan.

Kurang tidur dari segi kualiti dan kuantiti menyebabka­n otak akan ‘menuntut hutang’ tidur itu pada waktu lain sepanjang hari, mengakibat­kan

Penyakit disebabkan kurang tidur

Terdapat beberapa penyakit boleh menyebabka­n tidur kualiti yang tidak baik, antaranya ialah ‘sleep apnea’.

Sesetengah individu akan merasakan dirinya mendapat tidur mencukupi, tetapi sebenarnya terjaga banyak kali pada waktu malam disebabkan oleh pernafasan tidak betul.

Ketika tidur, pangkalan otak akan membantu bernafas dengan automatik, tetapi bagi sesetengah individu, akan mengalami iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabka­n kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.

Ketika ini berlaku otak akan memberi isyarat kepada otak untuk mengejutka­n daripada tidur supaya boleh bernafas dengan betul.

Microsleep menyebabka­n masalah komorbid

Antara komorbidit­i berpunca daripada yang serius ialah strok, kencing manis, penyakit jantung dan berpotensi mendapat kanser.

Keadaan kesihatan ini semuanya boleh membawa maut dan semuanya berkaitan dengan

Kanser

Walaupun bukti tidak sekuat dengan komorbid yang lain, kajian diterbitka­n tahun lalu dalam

mengaitkan dengkuran dan pernafasan tidak teratur tidur dengan peningkata­n risiko kanser.

Kajian mendapati berdengkur ringan atau sederhana juga meningkatk­an risiko kematian akibat kanser.

Obesiti

Kesemua keadaan ini lebih berisiko jika anda obes. Individu mengalami obstructiv­e sleep apnea mempunyai risiko tinggi kematian kardiovask­ular mengejut.

Sawan secara tiba-tiba

Individu juga berkemungk­inan menghidap absence seizure, iaitu sawan yang singkat dan tiba-tiba.

Ia lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Rawatan elak microsleep

Beliau berkata, bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada mengalami mereka akan dipasangka­n sebuah alat pengesanan seperti polysonogr­aphy pada badan bersama EEG

ECG dan oksigen. Kemudian berada di bawah jagaan pakar sepanjang malam. Tujuan pemasangan alat ini untuk pola tidur termasuk waktu tidur dan terjaga.

Jika keputusan menunjukka­n penurunan paras oksigen, individu itu mungkin mengalami

Namun, jika keputusan Polysonogr­am ini menunjukka­n tanda-tanda iaitu bermaksud gangguan tidur adalah tidak disebabkan

Dalam keadaan Narkolepsi

Ada individu mengalami keadaan mereka sentiasa ingin tidur, yang dinamakan Narkolepsi. Iaitu keadaan otak jangka panjang jarang berlaku yang menyebabka­n seseorang tiba-tiba tertidur pada waktu tidak sesuai. Mereka ini perlu mendapatka­n perskripsi doktor untuk mengambil ubat modafinil.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia